CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5455|Reply: 0

[Sabah] Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion jadikan Sabah pemain utama sektor tenaga

[Copy link]
Post time 12-2-2025 10:19 AM | Show all posts |Read mode


RASMI: Hajiji menandatangani plak Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas, hari ini.

KOTA KINABALU: Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka memainkan peranan penting dalam strategi tenaga dan perindustrian Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata projek itu akan menjadikan Sabah sebagai hab utama dalam sektor tenaga di Asia Tenggara.

Katanya, SOGIP akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan berterusan sektor tenaga, yang merupakan elemen penting bagi pembangunan ekonomi Sabah.

“Paling utama, projek ini membuka lebih banyak peluang kerjasama, inovasi, dan pembangunan dalam sektor minyak, gas, dan tenaga yang akan memberi manfaat kepada industri serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa pembangunan SOGIP akan memberi penekanan yang kuat terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, ketika Malaysia bergerak ke arah pengurangan jejak karbon, integrasi sumber tenaga yang lebih bersih seperti gas asli cecair (LNG) memainkan peranan penting dalam strategi peralihan tenaga negara.

“Selain itu, sistem penyimpanan dan pengagihan tenaga dalam SOGIP juga sedang dibangunkan untuk menyokong matlamat tenaga boleh diperbaharui jangka panjang Malaysia.

“Dengan memastikan bekalan gas asli dan bahan api karbon rendah yang stabil, SOGIP dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin dalam campuran tenaga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Hajiji berkata, projek ini merupakan kerjasama antara Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC), yang menguruskan SOGIP, dan Gibson Shipbrokers Limited, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam bidang maritim, tenaga, serta industri berkaitan.

“Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa dan merangkumi pembinaan pelabuhan moden yang akan menyokong aktiviti pengangkutan dan perdagangan tenaga, dengan 80 peratus tenaga kerja terdiri daripada rakyat tempatan,” katanya

Katanya, kejayaan pelaksanaan projek ini bukan sahaja akan memperkukuhkan ekonomi domestik Malaysia, tetapi juga menyokong keselamatan tenaga serantau dan meningkatkan perdagangan antarabangsa.

“Dengan sokongan kukuh daripada rakan sektor swasta dan kerajaan, SOGIP dijangka menarik lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur tenaga, kemajuan teknologi, dan pengembangan industri.

“Ketika Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran tenaga global, SOGIP akan memainkan peranan strategik ke arah ketahanan ekonomi, kebergantungan tenaga, dan pertumbuhan industri yang mampan,” katanya.

Beliau juga yakin projek ini akan menawarkan banyak peluang pekerjaan, latihan kemahiran, serta pemerkasaan komuniti.

“Dalam hal ini, saya sentiasa menekankan kepentingan mengutamakan pengambilan tenaga kerja Sabah dalam semua projek dan operasi di negeri ini.

“Saya mahu semua pemain industri mematuhi keperluan asas ini sebagai prinsip utama dalam komitmen kita terhadap pembangunan tempatan,” katanya.

Hajiji turut mengulangi bahawa keseriusan kerajaan negeri terbukti melalui penubuhan Majlis Kandungan Tempatan Sabah menerusi SMJ Energy pada Mei tahun lalu.

Katanya, ia berfungsi sebagai platform kerjasama bagi pihak berkepentingan industri untuk mengenal pasti peluang dalam meningkatkan kapasiti kandungan tempatan dalam industri Minyak dan Gas.

“Melalui platform ini, kerajaan negeri akan mewajibkan semua pihak berkepentingan untuk melabur dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja Sabah melalui program jangka pendek dan sederhana yang akan dilaksanakan pada tahun 2025.

“Saya ingin menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memajukan serta membangunkan industri minyak dan gas Sabah.

“Saya yakin bahawa melalui kerjasama berterusan dan sokongan bersama, kita dapat memperkukuhkan lagi industri ini bagi memacu kemakmuran ekonomi yang lebih besar untuk negeri Sabah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.251327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list