CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6687|Reply: 0

[Sabah] Perisa 'Magic Mushroom' wabak baharu dadah

[Copy link]
Post time 12-2-2025 10:22 AM | Show all posts |Read mode


MASIUNG

KOTA KINABALU; Ketagihan rokok elektronik (vape) menggunakan perisa 'Magic Mushroom' iaitu cecair jenis dadah sintetik yang mengkhayalkan menjadi wabak baharu mencetuskan kebimbangan serius di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, budaya baharu yang menjadi ketagihan golongan muda itu menuntut kerajaan mengambil tindakan drastik sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat.

Masiung mengesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak tegas terhadap pembekal cecair berkenaan, termasuk mengharamkan penjualan rokok elektronik di negara ini.

"Tanpa disedari golongan belia dan remaja pada hari ini terperangkap dengan wabak baharu yang cukup menggerunkan.

"Modius operadi cecair vape dadah itu adalah dengan berselindung disebalik perisa buah-buahan yang diperolehi dari pembekal persendirian selain boleh didapati menerusi pasaran dalam talian.

"Antara cecair vape yang mengkhayalkan dan popular menjadi ketagihan belia dan remaja pada hari ini ialah perisa jenis 'Magic Mushroom' yang dijenamakan menerusi pelbagai modal dan nama-nama menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri tugas rasmi.

Dalam pada itu, Masiung berkata, perisa 'Creamy' dan 'Free Base' juga didakwa mengandungi campuran nikotin dadah jenis ketamin.

Merujuk laporan Pusat Racun Negara (PRN) ketiga-tiga cecair aroma buah-buahan itu adalah dadah jenis 'dimethyltrptamine' yang dicairkan untuk melariskan perisa rokok elektronik.

Menurutnya, perkara yang membimbangkan ketagihan vape kini menular dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menegah yang jelas tertarik dengan teknologi elektronik dalam peranti vape dengan perisa dan aroma buah-buahan.

Berdasarkan laporan KKM, wujud peningkatan bilangan remaja melibatkan usia 13 tahun sehingga 15 tahun ketagih vape, daripada 211,084 pada 2017 bertambah 301,109 individu pada 2022.

"Jika KKM terus bermain teka teki berhubung isu itu, bilangan individu yang ketagih cecair nikotin berkenaan akan berganda jauh lebih banyak menjalang 2030,” tegasnya.

Menurutnya, Malaysia sepatutnya mencontohi negara jiran Singapora, Brunei, Thailand,  Kemboja, Vietnam dan Taiwan mengharamkan penggunaan rokok elektronik itu.

Sebelum ini beberapa buah negara di rantau Asia mengumumkan pengharaman vape seperti Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Jordan dan Lubnan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.483036 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list