CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8983|Reply: 0

[Sarawak] JPBBL kenal pasti kawasan kerap banjir, perkuat aset dan logistik

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:55 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah bersama ketua jabatan kerajaan pada mesyuarat khas persediaan menghadapi MTL Daerah Lawas baru-baru ini.

LAWAS: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang (JPBBL) mengenal pasti beberapa kawasan kerap banjir di Lawas dengan memperkuatkan aset dan logistik bagi persiapan menghadapi musibah tersebut.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara kawasan dikenal pasti termasuk Merapok, Trusan, Sundar, Kampung Awat-Awat, Kampung Banting, Belimbing, Melusok, Kampung Seberang Kedai dan kawasan lain.

“Pada masa sama kita juga mengenal pasti sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang selamat di Lawas.

“Selain logistik dan aset, aspek penyediaan dan pengagihan makanan yang dimasak dan makanan kering, penyediaan jaket keselamatan juga sudah disusun rapi melalui kerjasama semua jabatan, penglibatan ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) peringkat daerah di Majlis Daerah Lawas baru-baru ini.

Turut sama ialah Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sarawak Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu berkata lagi, keselamatan dan kesihatan mangsa banjir di PPS juga diberi tumpuan.

“Kita berharap orang ramai akan berpindah jika diminta berbuat demikian,” ujarnya.

Pihak berkuasa tempatan katanya, perlu melakukan tindakan untuk membersih parit dan sungai yang tertutup dan tersumbat.

Kata beliau, bagi kawasan tanah tinggi yang terjejas akibat banjir  bantuan helikopter bomba juga diperlukan, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengenal pasti  kedai runcit di kawasan tanah tinggi untuk pengagihan dan penyediaan makanan di kawasan terjejas.

Jelasnya Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) juga diarah meningatkan sistem telekomunikasi di sekitar Trusan, Lawas yang berdepan talian lemah khusus di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sudah dikenal pasti di kawasan itu.

“Kita akan berhubung terus dengan (SMA) bagi menyelesaikan isu tersebut sebagai persediaan kepada penduduk sekiranya berlaku bencana banjir,”katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.165720 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list