
Abang Johari (empat, belakang) menyaksikan Abu Bakar (dua kiri, duduk) dan Izham menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi pengambilalihan MASwings di Hotel Hilton di sini, hari ini. -Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Sarawak hari ini secara rasmi mengumumkan nama syarikat penerbangan baharunya, AirBorneo.
Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) di Hotel Hilton di sini, hari ini.
Penandatanganan perjanjian tersebut memuktamadkan pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak.
Ia ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki mewakili Kerajaan Sarawak, yang juga merupakan Pengerusi AirBorneo, sementara Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail, mewakili MAG.
Dalam ucapan perasmiannya, Abang Johari menyatakan bahawa pemilihan nama syarikat penerbangan baharu Sarawak itu mengambil kira negeri Sabah dan Kalimantan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
|