CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24228|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak menerusi JKR laksana pelbagai projek infrastruktur guna pembiayaan alternatif

[Copy link]
Post time 13-2-2025 12:08 AM | Show all posts |Read mode


Aidel berucap pada Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia di sebuah pusat peranginan terkemuka di Kuching. -Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR), melaksanakan pelbagai projek infrastruktur menggunakan pembiayaan alternatif untuk mempercepatkan pelaksanaannya di seluruh negeri.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam laporannya memetik Timbalan Menteri Infrstruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo berkata peningkatan kos pembinaan, jika ditangani hanya melalui kaedah tradisional seperti Rancangan Malaysia (MP), akan melambatkan pembangunan projek infrastruktur dengan ketara.

“Jadi, bayangkan kita sedang mengusahakan projek lima atau sepuluh tahun dari sekarang, kosnya akan meningkat termasuk kos bahan binaan, buruh dan sebagainya yang akhirnya menyumbang kepada inflasi.

“Olehitu, penggunaan kaedah menyegerakan projek melalui pembiayaan alternative adalah sangat penting, kerana ia membolehkan kita melaksanakan projek dengan lebih pantas berbanding kaedah tradisional, peruntukan melalui Rancangan Malaysia dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia di sebuah pusat peranginan terkemuka di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris yang turut berucap di majlis itu berkata Sarawak berdepan pelbagai cabaran khususnya peningkatan kos pembinaan yang menambah tekanan kepada pelaksanaan sesuatu projek selain kesan perubahan iklim termasuk tanah runtuh.

Cabaran-cabaran itu menyerlahkan kepentingan untuk mempercepatkan pelaksanaan sesuatu projek, pada masa sama mencari jalan bagi mengurus kos dengan lebih baik, tambah Cassidy.

“Justeru, program ini berfungsi sebagai platform penting untuk kerjasama, membolehkan agensi bertukar-tukar idea untuk meningkatkan kecekapan dan mencipta strategi bagi mengatasi cabaran sambil membangunkan penyelesaian berkesan memajukan pembangunan infrastruktur,” ujarnya.

Program itu turut dihadiri Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Azman Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datu Chiew Chee Yau, Ketua Pengarah JKR Malaysia Datuk Wira Roslan Ismail, Pengarah JKR Sabah Datuk Philemon Lajawai, Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia Dato Sazali Harun dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Zainora Zainal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.373335 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list