CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28850|Reply: 0

[Sarawak] Rombongan JMG dibawa melawat kawasan tanah runtuh di Bukit Kanada

[Copy link]
Post time 16-2-2025 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 02:37 PM



Chiew (kiri), Zamri (dua kiri) ketika lawatan melihat keadaan cerun dari Kampung Haji Wahed di atas Bukit Kanada.

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man ditemani Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Datuk Zamri Ramli mengadakan lawatan tapak ke kawasan tanah runtuh di sekitar Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid yang masing-masing terletak di kaki dan atas Bukit Kanada pada Jumaat.

Rombongan turut ditemani wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Chiew memberitahu, lawatan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dari sudut teknikal dan kaedah yang akan digunakan oleh pihak JMG dalam melaksanakan kajian penilaian keselamatan cerun dan risiko tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Menurut Chiew, sepanjang lawatan, pihak JMG bersama para pakar dan pegawai teknikal telah memberi penerangan yang terperinci mengenai keadaan cerun, jenis tanah, dan kejadian tanah runtuh yang pernah wujud di sekitar bukit tersebut.

"Mereka turut menerangkan beberapa faktor penyumbang kepada kejadian tanah runtuh, struktur geologi, aliran air bawah tanah dan cuaca," jelasnya.

Dalam sesi perkongsian itu, Chiew berkata, beberapa cadangan turut dibincangkan sebagai rujukan kepada penyelesaian isu tanah runtuh di sini.

Chiew memberitahu, sebagai Ahli Parlimen Miri, beliau terus berusaha untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mendapatkan sokongan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.

Langkah itu katanya, penting untuk memastikan sebarang langkah penyelesaian yang disyorkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, seterusnya mengelakkan tragedi berulang serta menjaga kebajikan penduduk terlibat.

"Saya juga mengalu-alukan laporan penuh daripada JMG setelah kajian ini selesai dilaksanakan.

"Hasil laporan tersebut akan menjadi panduan utama untuk tindakan susulan yang lebih bersasar dan berkesan," jelas Chiew.

Beliau akan terus memantau rapat perkembangan kajian ini dan memastikan apa sahaja keputusan yang dicapai kelak benar-benar memberi manfaat kepada penduduk.

Keselamatan dan kesejahteraan komuniti di Kampung Lereng Bukit, Kampung Haji Wahid, dan kawasan sekitarnya akan terus diberi perhatian, katanya.

"Usaha kita untuk mencari penyelesaian terbaik akan berterusan sehingga kehidupan penduduk terjamin dan selamat daripada risiko tanah runtuh," jelasnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list