CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41036|Reply: 0

[Sarawak] Petronas bantu pulihkan Kelas Prasekolah dan PPKI SK Asyakirin

[Copy link]
Post time 16-2-2025 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 02:46 PM



Kakitangan Petronas mendengar penerangan mengenai beberapa perkara daripada guru SK Asyakirin.

BINTULU: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tampil memulihkan Kelas Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Asyakirin hari ini.

Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah Md Rabu berkata, SK Asyakirin merupakan salah satu sekolah yang dibantu dari segi pemulihan oleh Petronas susulan banjir besar yang melanda pada 29 Januari lalu.


NORAZIBAH

Menurutnya, semalam dan hari ini seramai 100 sukarelawan dari Petronas dan anak syarikatnya Malaysia LNG (MLNG), Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Assets), ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF), Petronas Group Security, Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan Alumni Petronas mengambil bahagian dalam program gotong-royong memasang dan mengganti perabot baharu di SK Assyakirin.

Program Bantuan Bencana Menceriakan Kehidupan Petronas – Pemulihan Selepas Banjir (Pemulihan Sekolah) itu hari ini turut disertai oleh wakil-wakil dari organisasi media tempatan di Bintulu.

"Ini sebahagian daripada bantuan pascabanjir untuk sekolah-sekolah yang memerlukan," ujar Norazibah semasa ditemui media hari ini.

Beliau berkata, dalam mengenal pasti sekolah yang memerlukan, pihaknya telah berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai sekolah yang sangat terkesan akibat banjir dan Kelas Prasekolah dan PPKI SK Asyakirin adalah salah satu daripadanya.



Sukarelawan yang juga kakitangan Petronas bekerjasama memasang meja untuk guru prasekolah dan PPKI SK Asyakirin



Norazibah (kanan) bersama kakitangan Petronas sedang memasang laci untuk meja guru.
"Sumbangan termasuk perabot baharu untuk kelas bagi menjadikan kelas tersebut kembali ceria selepas banjir.

"Kita berharap melalui usaha ini murid-murid yang masuk ke kelas hari pertama sesi persekolahan baharu (minggu depan) akan dapat menikmati suasana kelas yang baharu," katanya.

Meskipun terjejas banjir namun katanya, melalui usaha ini diharap dapat menceriakan dan memberi semangat kepada murid-murid ini untuk kembali ke sekolah.

"Pada awal bencana, kita juga banyak memberikan sumbangan kepada mangsa banjir dan turut menghantar pasukan kita di Bintulu dan di Miri untuk menghulurkan bantuan.

"Usaha ini turut dilakukan di kawasan Kuching melibatkan Serian dan Samarahan melalui kerjasana dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan juga bahagian-bahagian.

"Kita membantu dari segi penyediaan fasiliti dengan menyumbang bot, menyediakan kemudahan van sewa serta memberi sumbangan keperluan asas membabitkan bakul makanan dan kit kebersihan kepada mangsa banjir," kata Norazibah lagi.


Kakitangan Petronas membawa masuk almari laci plastik ke dalam kelas.

Sementara itu, beliau berkata SK Assyakirin merupakan sekolah pertama di Bintulu yang menerima bantuan tersebut dan Petronas mempunyai perancangan berdasarkan perbincangan dengan PPD untuk menyenaraikan beberapa sekolah lain yang memerlukan bagi menerima bantuan sama.

"Kita hanya akan kenal pasti sekolah yang sangat teruk terkesan. Di Miri juga kita akan kenal pasti sekolah terjejas sebagai sebahagian bantuan pascabanjir dan untuk itu, kita akan fokus bantuan kepada Bintulu dan Miri," jelasnya.

Di bawah program itu, Petronas menyumbangkan perabot baharu bernilai RM70,000 dan bahan keperluan bilik darjah merangkumi 90 meja dan kerusi untuk guru dan pelajar, 33 almari laci plastik, 15 tikar lantai, tujuh papan putih, tujuh almari besi, lima peti sejuk, empat rak keluli, empat periuk nasi, dua setiap satu cerek elektrik, dapur penunu, televisyen pintar, pengisar, kipas berdiri serta bahan lukisan dinding.

Prasekolah dan PPKI SK Asyakirin mempunyai populasi murid seramai 197 orang dengan 97 daripadanya merupakan murid berkeperluan khas.

Terdahulu sukarelawan yang terlibat telah membantu pihak sekolah dengan memasang perabot baharu, mengganti pintu yang rosak serta kerja-kerja penyusunan semula bilik darjah dan pejabat guru.

Dalam kejadian banjir 29 Januari lalu, tingkat bawah SK Asyakirin yang menempatkan prasekolah dan PPKI terjejas teruk selepas sebahagiannya ditenggelami air banjir selama dua hari.

Kebanyakan peralatan elektrik termasuk perabot dan buku cerita untuk pembelajaran di bahagian itu rosak dan musnah ditenggelami air.

Susulan itu, kakitangan Petronas turut menyumbangkan buku terpakai dan bahan bacaan kepada perpustakaan prasekolah SK Asyakirin.


Kakitangan Petronas bekerjasama membawa meja guru ke kelas yang ditetapkan.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/15/petronas-bantu-pulihkan-kelas-prasekolah-dan-ppki-sk-asyakirin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.377181 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list