CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39923|Reply: 0

[Sarawak] Kemajuan Sarawak hari ini bukan sekadar retorik

[Copy link]
Post time 16-2-2025 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 03:45 PM



Uggah bersama Abang Johari serta barisan pemimpin tertinggi PBB merakam kenangan pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di BCCK, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Pembangunan pesat yang dicapai Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan bahawa dakwaan pihak pembangkang yang menyifatkan visinya sebagai sekadar ‘air liur sahaja’ adalah tidak berasas.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemajuan negeri ini bukan sekadar retorik, tetapi hasil perancangan strategik dan dasar berani yang kini jelas dapat dilihat serta dirasai oleh seluruh rakyat.

"Dahulu, ada pihak pembangkang yang berkata, ‘oh, air liur sahaja itu.’ Tetapi sekarang, tuan-tuan dan puan-puan, kita semua dapat melihat bahawa ia bukan sekadar air liur.

"Ia sedang berlaku, dapat dilihat dan dirasai oleh kita semua. Seperti peribahasa Melayu, 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Tambahan pula, Uggah yang juga Timbalan Presiden PBB berkata, kepimpinan Abang Johari bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat nasional, malah di peringkat antarabangsa.

"Pada tahun 2024, Abang Johari telah dianugerahkan Darjah Setia Negara Brunei Kelas Pertama oleh Sultan Brunei serta Seri Panglima Darjah Kinabalu oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah," katanya.

Selain itu ujarnya, sumbangan beliau dalam bidang teknologi, perancangan dan kejuruteraan turut diiktiraf melalui beberapa keahlian kehormat termasuk dari Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Malaysian Institute of Planners (MIP).

Abang Johari juga menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi 2024 daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

"Beliau mempunyai pengetahuan luas dalam bidang sains, komunikasi, undang-undang, dan kejuruteraan.

"Apabila beliau berbincang mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), peguam pun kalah olehnya (disebabkan pengetahuan dan ilmunya yang luas)," jelasnya.

Menurut Uggah lagi, sepanjang tempoh lapan tahun pentadbiran Abang Johari, Sarawak telah mencapai kemajuan yang ketara.

Katanya, antara kejayaan Abang Johari ialah dua tahun lalu apabila beliau mengumumkan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak dan seperti yang dijanjikan, sebanyak RM8 bilion telah dilaburkan dalam dana tersebut setakat tahun 2024.

Selain itu katanya, Sarawak juga telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi beberapa tahun lebih awal daripada sasaran 2030, dengan rekod hasil sebanyak RM14.2 bilion pada tahun lalu berbanding RM5.6 bilion pada 2017.

"Malah, kita (Sarawak) juga telah mengambil alih sepenuhnya pemilikan Pelabuhan Bintulu dan mengembangkan peranannya dalam sektor kewangan melalui Affin Bank.

"(Dan) dengan kedudukan kewangan yang kukuh, Sarawak telah membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarahnya untuk tahun 2025, berjumlah RM15.8 bilion.

"Sekarang, rakyat Sarawak sangat berbangga kerana kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri, AirBorneo dan saya berharap tambangnya akan lebih murah sedikit," tambah Uggah sambil menyifatkan semua kejayaan ini bukan jatuh dari langit, bukan silap mata.

Beliau berkata, kejayaan ini juga adalah hasil perjuangan dan jasa PBB Sarawak.

"Parti keramat ini banyak berbakti kepada negara dan negeri. Parti PBB telah berjuang selama ini untuk mencapai kejayaan seperti yang kita rasai pada hari ini.

"Seperti sebuah kapal besar, Parti PBB mempunyai pemimpin yang gagah, unggul, berwawasan dan berani demi meneruskan perjuangan parti kita supaya terus kukuh dan kekal relevan sampai bila-bila masa.

"Siapa pemimpin itu? Pemimpin itu adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Presiden PBB kita, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg," katanya.

Sehubungan itu, Uggah menggesa semua ahli PBB untuk terus bersatu, mengukuhkan perpaduan serta berjuang bersama menyokong kepimpinan Abang Johari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.289554 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list