CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39916|Reply: 0

[Sarawak] Ahli PBB perlu pertahan budaya perpaduan, kekal utuh dalam perjuangan: Abang Johari

[Copy link]
Post time 16-2-2025 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 03:49 PM



Abang Johari melakukan simbolik perasmian Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB Sarawak di BCCK, hari ini. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mempertahankan budaya perpaduannya untuk terus kekal utuh dalam perjuangannya demi Sarawak.

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, budaya perpaduan yang kukuh dalam PBB selama lebih 50 tahun telah mencorak budaya politik di Sarawak serta dipanjangkan kepada parti-parti komponen lain.

"Inilah yang harus kita pertahankan kerana memang benar Parti Kongres India, parti terbesar di negara itu, boleh tewas dan begitu juga dengan sebuah parti di Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP), hayatnya panjang tetapi lemah.

"Kita telah buat kajian, kebanyakan parti yang panjang umur ini jatuh kerana semangat sudah luntur dan mogok dalaman lumpuhkan parti.

"Jadi kita di PBB mesti punyai semangat bersatu yang kukuh untuk terus kekal dalam perjuangan kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mengenai hala tuju masa depan PBB, Abang Johari berkata, keadaan dunia kini telah berubah begitu juga dengan landskap ekonomi yang mana kini bergantung kepada teknologi.

Sehubungan itu katanya, pemimpin dan ahli-ahli PBB perlu menguasai teknologi-teknologi berkaitan untuk kekal relevan dengan perubahan yang berlaku di seluruh dunia.

"Peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi cabaran kepada kita dalam parti sebab masa depan semua bergantung kepada teknologi, dan adakah kita dalam PBB bersedia untuk menguasai teknologi AI?

"Yang saya takut AI diguna untuk propaganda politik dan ia juga boleh menjadi senjata untuk membunuh dan kita mesti bersedia serta menguasai teknologi ini," katanya.


Abang Johari (tengah) bersama pemimpin PBB lain melaungkan slogan Hidup PBB!. - Gambar Chimon Upon
Abang Johari turut berkata, PBB akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.

Mengenai perhimpunan kali ini, Abang Johari ia adalah yang terbesar dengan penyertaan daripada Sayap Belia buat pertama kalinya sebagai pemerhati.

Abang Johari turut mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Wanita diketuai Dato Sri Fatimah Abdullah dan Pergerakan Pemuda diketuai Datuk Martin Ben atas kelancaran pemilihan tanpa bertanding.

Bertemakan 'PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian Sarawak,' perhimpunan kali ini dihadiri sekitar 4,000 perwakilan dari 82 cawangan di seluruh Sarawak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 1.096555 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list