CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9650|Reply: 0

TLDM, TNI-AL pergiat usaha kawal keselamatan Selat Melaka

[Copy link]
Post time 21-2-2025 08:31 AM | Show all posts |Read mode





LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) terus memperkukuh kerjasama pertahanan maritim melalui Operasi Patroli Terkordinasi Malaysia-Indonesia (Op Patkor Malindo) 167/25 bermula semalam hingga 1 Mac depan.


Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Pangkalan TLDM Lumut dalam kenyataannya berkata, operasi berkala itu bertujuan memastikan keselamatan perairan bersama serta meningkatkan kesalingoperasian dalam menghadapi ancaman maritim.


“Bagi edisi kali ini, TLDM mengatur gerak KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Jerai, manakala TNI-AL mengoperasikan KRI Lepu dan KRI Karotang.


“Keempat-empat aset ini akan menjalankan latihan meliputi rondaan maritim, perkongsian risikan serta koordinasi menangani ancaman seperti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah rentas sempadan,” katanya di sini hari ini.


Katanya, operasi itu akan berlangsung dalam beberapa fasa, termasuk perancangan staf, pelayaran bersama, latihan di laut dan sesi penilaian keberkesanan prosedur operasi.


Menurutnya, ia juga akan memberikan peluang kepada anggota dari kedua-dua negara untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam mengendalikan operasi maritim.


“Pelaksanaan Op Patkor Malindo 167/25 bukan sahaja mengukuhkan hubungan pertahanan TLDM dan TNI AL, tetapi juga membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kestabilan dan keselamatan maritim di perairan strategik yang dikongsi bersama.


“Sepanjang tahun 2024, Op Patkor Malindo telah mencapai kejayaan dalam pengesanan dan pemeriksaan aktiviti di perairan Selat Melaka,” katanya.


Ujarnya, TLDM merekodkan 1,747 pengesanan, manakala TNI-AL merekodkan 490 pengesanan.


“Dari segi pemeriksaan, TLDM menjalankan 131 pemeriksaan ke atas bot nelayan tempatan dan asing, sementara TNI-AL melaksanakan 153 pemeriksaan.


“Walaupun tiada tangkapan direkodkan, pemantauan dan pemeriksaan ketat telah memberikan impak positif dalam memastikan keselamatan perairan ini,” katanya.


Sementara itu, katanya, Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi Muhammad telah merasmikan majlis pembukaan di Dewan Tun Rahah, Markas Wilayah Laut 3, Langkawi semalam.


Turut hadir Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar dan Komandan Gugus Keamanan Laut (DANGUSKAMLA), Laksamana Pertama TNI Anung Sutanto.


Dalam ucapannya, Ahmad Sapuan Fathi menegaskan bahawa Selat Melaka merupakan salah satu laluan maritim terpenting dunia, menghubungkan Laut China Selatan dan Lautan Hindi.


Katanya, selat itu menyumbang lebih 25 peratus dagangan maritim dunia dan menjadi laluan lebih 150,000 kapal setiap
tahun.


“Kehadiran aset TLDM dan TNI-AL dalam rondaan bersama memberi impak positif terhadap keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.


“Pelaksanaan operasi ini membuktikan kerjasama erat antara TLDM dan TNI-AL dalam memastikan keselamatan serta keamanan pengguna maritim di sepanjang perairan Malaysia dan Indonesia,” katanya.


Sumber:  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Seramai 383,637 peminjam PTPTN tidak pernah bayar pinjaman. adakah korang salah seorang? Dewan Negara: Pertimbang kembali sekat perjalanan peminjam
RalineSeramai 383,637 peminjam PTPTN tidak per
Views : 3252 Replies : 26
Bekas pelakon filem dewasa solat jemaah dan buka puasa di masjid Sendayan
RalineBekas pelakon filem dewasa solat jemaah
Views : 11648 Replies : 11
Atikah Suhaime ambil pakej pantang 28 hari pun kena kutuk, patut ambil 44 hari kata netizen
RalineAtikah Suhaime ambil pakej pantang 28 ha
Views : 2276 Replies : 7
Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di Pulau Siargao Filipina
RalineTinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di
Views : 6482 Replies : 20
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 165476 Replies : 1664
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 113672 Replies : 1810
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 222325 Replies : 7672
Lemak bakar 60 kg sehari
tatodLemak bakar 60 kg sehari
Views : 16190 Replies : 20
Pelajar PhD 'lumpuhkan' dan rogol lebih 50 wanita
RalinePelajar PhD 'lumpuhkan' dan rogo
Views : 14620 Replies : 42
Ahh sudah, landlord mengorat Ngai lagi... (Pg. 170)
maklukpenggodaAhh sudah, landlord mengorat Ngai lagi..
Views : 112087 Replies : 3733

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 1.094319 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list