View: 2622|Reply: 8
|
Ini 5 Menu Sahur Simple Dan Mudah Untuk Orang Bujang
[Copy link]
|
|
Bila dah tak duduk serumah dengan mak ayah, sudah pasti kita kena buat sahur sendiri bukan?
Terutamanya buat yang bujang dan para mahasiswa di luar sana yang sekarang tinggal sendiri dan mahu berjimat sepanjang bulan puasa ini.
Jadi kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 menu sahur yang sangat mudah dilakukan dan tidak menggunakan banyak bahan khas untuk semua yang mahu berjimat.
1. Sambal Sardin Kentang Cili Padi
Bahan-bahan:
1 tin sardin
2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk
1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk
1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk
1-2 biji ubi kentang
Garam, gula & perasa secukupnya
Limau nipis – jika suka
Cara-cara:
1. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit 3. garing. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.
5. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit 6. air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.
7. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
8. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.
2. Nasi Goreng
Bahan-bahan:
Nasi putih lebih semalam yang disimpan dalam peti sejuk
2 ulas bawang putih (ketuk)
3 sudu makan cili boh
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
100gm sawi (potong)
100gm isi ayam (potong nipis)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
2. Pecahkan dan masukkan telur, garam, isi ayam dan hirisan sawi. Gaul seketika.
3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.
3. Telur Hancur
Bahan-bahan:
2 biji telur
1/ 2 biji bawang merah besar (dicincang)
1 sudu makan mayones
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
3. Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
4. Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.
4. Ayam Black Pepper
Bahan-bahan:
500gm isi ayam (hiris kecil)
Daun Bawang
Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
3 biji cili merah (hiris memanjang)
1 biji bawang besar (dadu kecil)
5ulas bawang putih (cincang)
Halia (hiris halus)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
2. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
3. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
4. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
5. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
6. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
5. Kerabu Crunchy
Bahan-bahan:
2/3 cawan (25g) ikan bilis tanpa kepala
1 biji bawang besar
2 tangkai cili api
1 tangkai bunga kantan
1 biji tomato
1 sudu besar perahan limau
Cara-cara:
1. Rendam ikan bilis dan goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Hiris halus bawang besar, bunga kantan dan cili api.
3. Kemudian, potong dadu tomato.
4. Gaul semua bahan sehingga rata.
5. Masukkan jus perahan limau serta perasakan dengan sedikit gula secukupnya kemudian sedia untuk dihidang!
Sumber: Seismik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambal sardin tu sedap cuma time menggoreng ikan sardin tu, x sanggup sbb minyak nya merecik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, semua best ni. Nanti boleh try |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hari malas goreng telur mata goyang je, makan dgn nasi panas dan kicap manis....selera sahur tu lain mcm. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
resepi telur hancur pun boleh..hahahahah..sapa tak reti buat aku libas dgn paip getah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 10-3-2025 08:18 PM
Malas mengotorkan dapur cili2 blender ni terus tekan2 grabfood oder sampai
Zaman bercili2 lada merah mercik2 ni dah berlalu, skrg masak2 yg pakai lada hijau asam jawa kari rebus jah, ikan/ayam bersambal2 malas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi senang pes masakan senang je tinggal tambah protin telur, ayam, udang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|