View: 20377|Reply: 15
|
[Tempatan]
Tak Perlu Berlari Dan Melompat, Buat Senaman Gerakan Mudah Nak Hilangkan Perut Buncit!
[Copy link]
|
|

Masalah perut buncit mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu di Malaysia. Ini boleh dilihat apabila wujud perumpamaan seperti ‘perut buncit tanda bahagia” yang percaya seseorang yang bahagia boleh dilihat melalui perutnya yang boroi.
Bagaimanapun, tidak semua orang mengambil ringan tentang perkara itu kerana ia boleh menjejaskan penampilan selain perut buncit juga menandakan bahaya terhadap kesihatan.
Individu-individu yang ingin mencegah masalah perut buncit ini kebiasaannya akan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan serta melakukan senaman dan sukan seperti berlari, berenang, berbasikal dan banyak lagi.
Lelaki kongsi senaman mudah untuk hilangkan masalah perut buncit
Pun begitu, seorang influencer yang sering berkongsi petua dikenali sebagai Mahadi Abdullah telah berkongsi senaman yang dapat membantu menghilangkan masalah perut buncit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@mahadiabdullah07), dia berkata senaman itu tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan susah.
“Perut buncit jadi rata hanya dengan satu pergerakan, tanpa perlu berlari dan tanpa perlu melompat,” katanya.
Posisi senaman hanya turun, naik dan gerak badan kiri, kanan
Tunjuknya di dalam video, posisi senaman itu hanyalah berdiri dan menolak kedua-dua belah tangan ke atas.
Kemudian turunkan badan sedikit ke bawah seperti ingin mencangkung sebelum naik semula dan pusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Katanya, lakukan langkah tersebut berulangkali.
Jika ingin mengetahuinya dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perut buncit sebab makan banyak melebihi kapasiti perut rata. Satu lagi habit mengembungkan perut jd penyebab, sebab itu sentiasa kempiskan perut membantu. Habit dulu kena btulkan. Lepas tu barulah exercise boleh repair perut buncit... tetapi semua itu jadi sia-sia bila tak boleh hentikan makan sampai kembung perut  |
|
|
|
|
|
|
|
peyut dia pun tak rata
acaner 
serupa founder jual produk timbang kilo tapi pakai la mer  |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan perut dia, tapi lipatan kain pelikat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan gula n carb. Makan mulakan dgn sayur dulu. Amalkan IF at least sekali dua dlm seminggu. Lps tu baru exercise. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mana boleh pakai gelang |
|
|
|
|
|
|
|
so berkesan ke 
selagi tak jaga makan jgn harap la nak hilang boroi tu ye acik2 semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Freezies at 9-3-2025 05:39 PM
Dh senam jangn pulak mencekik tak ingat dunia.
memang tak kempis2 la perut kau. |
|
|
|
|
|
|
|
hiswife replied at 9-3-2025 06:31 AM
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha
Filtahhhhhh. Yu ken duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
people with hormonal issues buat lah apa pun..selagi tak get your hormons back in balance, apa pun tak jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
hiswife replied at 9-3-2025 06:31 AM
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha
Kau buta ke sissy? Obviously tu filter tiktok sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 9-3-2025 07:26 PM
people with hormonal issues buat lah apa pun..selagi tak get your hormons back in balance, apa pun t ...
This, sissy! Ini faktanya ekceli sissy. Tahniah kau bijak sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|