View: 20518|Reply: 11
|
[Tempatan]
"RM8 Je" - Menjual Air Aiskrim Yogurt, Boleh Refill Balik Secara Percuma Kalau Dah Habis!
[Copy link]
|
|

Baru-baru ini, sebuah gerai air balang yang menjual air aiskrim yougurt di sebuah bazar Ramadan di Shah Alam telah menjadi tular sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, awalnya kelihatan beberapa balang air yang sudah dipenuhi ais dan juga buah-buahan seperti epal, tembikai susu dan banyak lagi.
Para pekerja kemudiannya menuang air berperisa ke dalam balang mengikut label yang sudah ditulis pada bekas tersebut.
Letak satu blok aiskrim atas air berperisa
Sebaik menuang air berkenaan, kelihatan mereka turut meletakkan satu blok aiskrim dipercayai perisa vanila ke atas air balang tersebut. Bukan hanya itu, dia turut meletakkan pati berperisa serta buah-buahan di atasnya.
Influencer yang dikenali sebagai Muhammad Danial atau AI Sulong memaklumkan dia bersama penyanyi, Asfan Shah telah berkolaborasi dengan jenama air berkenaan.
Jual RM8 percuma ‘refill’
Jelasnya air tersebut dijual pada harga RM8 dan boleh diisi semula secara percuma namun perkara itu hanya boleh dilakukan selepas berbuka puasa sahaja. Selain air yogurt, mereka turut menjual air lain seperti mojito dan sebagainya.
Video memaparkan air balang itu kemudiannya menjadi tular di X dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
Air balang undang pelbagai reaksi, ada yang menyifatkan ia tidak sihat dan dilihat terlalu manis
Ada yang mengatakan air tersebut dilihat seperti terlalu manis dan boleh mengundang kepada penyakit diabetes.
Tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan tindakan influencer yang bercakap berdekatan dengan air balang kerana boleh menyebabkan air liur terpercik ke dalam air memandangkan dia tidak memakai pelitup mulut.
Bukan hanya itu, ada yang berpendapat air tersebut tidak setanding dengan harganya kerana ais dilihat lebih banyak berbanding air.
Walau bagaimanapun ada yang berpendapat air manis seperti itu tidak diminum setiap hari maka tidak salah jika ingin menikmatinya sekali-sekala. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada je yg bijak salin air dlm bekas lain, pastu dtg mintak refill |
|
|
|
|
|
|
|
Btw bekas air tu jenis kurus tinggi. Tolak ais, xtau la bape ml air dlm tu. Caj rm8, refill lepas buka puasa. Pepandai la mengkome ya |
|
|
|
|
|
|
|
Modai singgit.. refill la 7 kali baru pueh hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
refill lps buka? kikiki  |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe ramai suka
Tapi kalau iols mmg tak berapa sgt
Bukan apa..manis satu..pastu kang dok bertapa dalam toilet aje kang.
Anak2 iols suka air tembikai n mangga je..kalau beli air gini.
Alamat tunggu sahur oung blom tentu habis
Huk3 |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni agak suka la air yogurt ni, haritu lalu benda ni kat FYP
so sebab ta tahan, pergi jelar beli, alang-alang tak jauh sangat dekat rumah
aku beli flavor strawberry, rasa dia sebijik je rasa air yogurt bliss dalam botol tu, cuma lagi manis and perisa dia lagi kuat
so kalau dok jauh teringin nak minum, baik ko beli je bliss tu, siap lagi murah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak rajin nak pergi tambah |
|
|
|
|
|
|
| |
|