“Kena lantik peguam dan datang semula untuk perbicaraan tanpa huru-hara dan ikut proses,” tegurnya.
Hakim kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 8 Mei depan.
Ketika prosiding itu berlangsung, hakim turut meneliti dokumen yang dikemukakan oleh Along berhubung pelanggaran taklik yang dilakukan Afreena.
Mahkamah kemudian mendapati berlaku kekeliruan terhadap tarikh lafaz taklik berkenaan.
Dokumen tersebut juga menyebut ada berlakunya lafaz cerai di luar mahkamah sekitar Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, Along meminta agar proses perceraian itu dipercepatkan kerana dia dan isteri sudah tiada lagi persefahaman.
Selesai perbicaraan, Along terus menuju ke kaunter pendaftaran mahkamah bagi tujuan pindaan penyata tuntutan.
Along dan Feena hadir bagi sebutan pertama kes lafaz taklik selepas pelawak itu memfailkannya pada 4 Februari lalu.
Pada 28 Januari lalu, Along mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.
Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.
Sumber: mStar