View: 16456|Reply: 0
|
Kekalkan coach Kino, adakan aksi pramusim lebih kerap langkah awal Selangor lepas layak ke Asia
[Copy link]
|
|
PELUANG baik dimiliki Selangor FC untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two selepas layak ke pertandingan peringkat benua itu buat edisi kedua berturut-turut.
Mereka berjaya meraih slot automatik itu setelah disahkan sebagai naib juara Liga Super 2024/25 selepas memiliki 10 mata berbanding pencabar terdekat, Sabah FC dengan tiga perlawanan berbaki.
Pencapaian itu kemudiannya diraikan secara sederhana oleh penyokong dan pasukan kerana masing-masing lebih tertarik untuk menampilkan aksi lebih baik bagi kempen akan datang.
Jadi, dalam usaha merealisasikan cita-cita itu, pelbagai perubahan perlu dilakukan terhadap skuad Gergasi Merah, baik dari segi kejurulatihan mahupun pemain.
Hal tersebut turut ditegaskan pemerhati bola sepak tempatan, Afiq Rowley yang menekankan Selangor FC hanya perlu mengekalkan pemain diperlukan selain menganjurkan perlawanan pemanas badan lebih kerap.
"Persiapan awal penting perlu dibuat sebaik sahaja saingan musim ini tamat adalah dengan Selangor FC mengadakan lebih banyak aksi pramusim berkualiti untuk pemain cepat menyesuaikan diri.
"Selain itu, mereka hanya perlu mengekalkan pemain yang berkualiti, sahaja tak kira import atau tempatan supaya mereka tiada 'penumpang' pada saingan akan datang," katanya kepada Majoriti.
Rata-rata pemain Gergasi Merah ketika ini masih sesuai untuk dikekalkan, namun mereka perlu membawa masuk lebih ramai bintang berkualiti jika mahu melakukan penggiliran pasukan lebih kerap.
Rombakan tersebut juga perlu dilakukan terhadap barisan pemain import dengan Ronnie Fernandez antara nama-nama yang harap ditunjukkan jalan keluar pada jendela perpindahan akan datang.
Meskipun penyerang kebangsaan Chile itu memiliki ketajaman di hadapan pintu gol, sikapnya dalam pasukan kerap mencetuskan rasa kurang senang daripada penyokong.
Dalam pada itu, Afiq Rowley turut menegaskan skuad Gergasi Merah perlu mengekalkan khidmat Katsuhito Kinoshi sebagai ketua jurulatih meskipun gaya permainannya kerap dipersoalkan.
"Biarkan Kino bertugas secara bebas musim depan dari segi pemilihan pemain serta menerapkan percaturannya sendiri. Kemudian, baru kita nilai setakat mana kemampuannya bersama Selangor," katanya lagi.
Pengendali kelahiran Jepun itu dibawa masuk pada November tahun lalu bagi menggantikan Nidzam Jamil dengan beberapa momen membanggakan berjaya diraihnya bersama pasukan tersebut.
Ini termasuk berjaya membantu skuad Gergasi Merah menamatkan penantian 10 tahun untuk menjulang trofi apabila memenangi MFL Challenge Cup selepas menundukkan PDRM FC dalam perlawanan akhir. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|