View: 17775|Reply: 5
|
[Tempatan]
Nahas motosikal dirempuh Honda Jazz, seorang lagi remaja maut
[Copy link]
|
|
Seremban: Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, di sini, Khamis lalu, meninggal dunia pada 7.23 malam tadi(Isnin).
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.
Katanya, kematian itu menjadikan keseluruhan tiga remaja maut setakat ini.
"Mangsa adalah penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun.
"Sekarang, tiga yang parah masih dirawat di hospital sama iaitu rakan kepada Aisar Azim dan pemandu serta penumpang Honda Jazz, masing-masing berusia 18 dan 17 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, dekat Sikamat, di sini. Media pada Jumaat lalu melaporkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh kereta Honda Jazz.
Mohamad Hatta dilaporkan berkata, Honda Jazz dipandu lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu, didakwa gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik kereta patut kena saman/penjara dan ditarik lesen memandu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap famili mangsa saman sivil yg melanggar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pixie902: Pemilik kereta patut kena sama ...
Kat msia beli kete wajib ada lesen memandu ke..rasa mcm xwajib |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah..
anak aku pun mangsa langgar driver takde lesen jgk.. tp kalo takde lesen memandu takat blh saman je lah.. lps2 tu dia tak ambik lesen pun bukan org tau pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg melanggar dah confirm xda lesen...yg kena langgar pun kalau tgk umur mmg xda lesen gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|