View: 2045|Reply: 6
|
Kae Asakura atau ‘Rae Lil Black’ berniqab, teruja solat di Masjid Sri Sendayan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Selepas tular berita sudah memeluk agama Islam, Kae Asakura berkongsi ketenangan serta pengalamannya mengimarahkan beberapa masjid terkemuka di Malaysia.
Melalui perkongsian terbarunya di Instagram, Asakura yang lebih dikenali sebagai ‘Rae Lil Black’ berkongsi pengalamannya melawat dan menunaikan solat di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan semalam.
Askura yang mengenakan imej berniqab memberitahu, dia berpeluang menunaikan solat asar, maghrib, isyak serta mengikuti jemaah mendirikan solat sunat tarawih serta witir selain sempat memuji keindahan masjid tersebut.
“Day two in Malaysia (hari kedua di Malaysia). Masjid Sri Sendayan. Done at this beautiful masjid (selesai di masjid yang cantik ini),” katanya.
Sebelum ini, melalui perkongsian di Instagramnya juga, Kae Asakura turut berkongsi pengalamannya mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Asakura melahirkan keterujaannya menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara Islam baharu.
Dia dilihat turut memadamkan status terdahulunya di media sosial dan tampil memuat naik hantaran baharu memaparkan dirinya bertudung.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan pose jangan cuba2 google nama dia..
Nanti keluar gambar tk senonoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Awak ni siapa? Awak tinggal sini ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke masuk islam ni? pelik2 je la org skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Freezies replied at 11-3-2025 12:44 PM
Bulan pose jangan cuba2 google nama dia..
Nanti keluar gambar tk senonoh.
ko 'cakap' camni terus aku 'google' ....eh! betul ke dia bekas pelakon filem 'tu'???(terkejut jugok aku). |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul-betul dah berubah, alhamdulillah diucapkan. semoga terus istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul-betul dah berubah, alhamdulillah diucapkan. semoga terus istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|