|
2011/05/10
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 19 Mei untuk mendengar hujahan kes tuntutan royalti oleh penyanyi popular Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound).
Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nadzia Abdul Aziz, membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Aizul Rohan yang mewakili Anuar dan S Malar dari Syncrosound.
Hari ini, seorang akauntan dari syarikat rakaman tersebut K Kaan Deepan memberi keterangan.
Ketika ditemui, Aizul Rohan, berkata pada tarikh tersebut dua perkara akan dibangkitkan iaitu mengenai penambahan muka surat dalam dokumen yang difailkan Syncrosound dan sama ada syarikat tersebut berhak membuat penolakan kos.
Pada 14 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berhak mendapatkan royalti daripada Syncrosound.
Sebelum ini, Syncrosound memfailkan saman terhadap Anuar kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga album lagi dengan syarikat itu.
Dalam tuntutan balas terhadap syarikat rakaman itu, penyanyi tersebut memohon diberikan butiran atau penyata mengenai penjualan kesemua album yang diterbitkan Syncrosound, dan bayaran royalti seperti yang diperuntukkan
dalam perjanjian. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KesAnuarZaindidengar19Mei/Article
insyaallah kemenangan berpihak kepada anuar zain.... |
|