|
**mgkin ada kaitan dgn golongan yg disebutkan wallahualam. sila refer jawapan 41 yg font kaler merah
KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.
Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.
Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
MENJAWAB 50 SOALAN
Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”
Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
JAWAPAN DARI ABU YAZID
Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.
Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah lapan Malaikat.
Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.
Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.
Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.
Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taa |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.
Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…
Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
SOALAN DARI ABU YAZID
Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.
“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.
Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam
Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”
Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.
Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
والله اعلم
BIBLIOGRAFI :
http://komuniti.iluvislam.com/topic/26504-kisah-imam-abu-yazid-al-bustami-dan-paderi-samaan/ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 485# allyhasana
MasyaAllah.... Alhamdulillah..... apakah lagi yang kita dustakan wahai sahabat sekalian? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 477# acescripters
syukran jazilan.....
Terima Kasih....
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan dan jawapan yang seronok aku membacanya... tak jemu2 diulang membaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
masyallah.....Allah Maha Mengetahui.....
pengetahuan kita tentang semua yang dibincangkan ni hanya sedikit saja...entah2 hanya sebesar zarah sahaja......mana yang baik ambillah....mana yang tak elok tu buang jauh2. berforum jangan sampai boleh buat iman kita tergugat sudahhh...
macam2 perangai manusia boleh tengok kat sini. agak2 kalau ajak berbual atau berbincang secara bersua muka berani tak? kalau la ada mod yg boleh undang semua yg jadi tukang bagi info kat sini...best jugak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 491# sarinah99
Berforum bertentang mata.... boleh jer... jadi Forum Perdana lah pulak nanti....
buat perjumpaan... buat forum, rakam video, masuk youtube... ehehe... ok??
tapi kena cari yang betul2 layak ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya benang ni dah kembali. terima kasih atas penjelasan ni. sangat bermakna.
pernah tanya soalan kepada sorang ulama' dari Medan, Indonesia. soalan yang ditanya tu pasal perbualan antara malaikat dan Allah pada ketika Allah s.w.t. bercadang nak mencipta Adam. malaikat persoalkan tindakan Allah dengan mengatakan "adakah Allah hendak mencipta manusia yang melakukan kerosakan". point kat situ, malaikat dah pernah kenal ciptaan bernama manusia.
jawapan ringkas ulama' tu, "ada manusia sebelum Adam". tak sempat nak tanya lebih dia dah mintak diri sebab ada janji dengan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 493# amirezu
memang ada penerangan mengenai hal tu kat post sebelum ni....
sila rujuk post 446# kat page 18...
ada link video kat situ.... harap membantu anda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 494# boerbekeng
terima kasih boer. dah tengok video tu. sekarang ni tengah download sambungan dia.
cuma, sekarang ni tak terjawab lagi pasal manusia zaman paleolitik semua tu.
adakah manusia prasejarah ni salah satu daripada 3 golongan sebelum al-insaan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 495# amirezu
saudara... kat thread ni kita membincangkan tentang Al-Hin... kalau saudara ingin mengetahui tentang perkara tersebut ambe cadangkan saudara merujuk kepada link yang ambe berikan ni....
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=541275&extra=page%3D9&page=16
kalau merujuk pada thread yang ambe berikan tu... ambe berminat dengan penerangan manap77... tapi terpulanglah pada saudara untuk mencerna sendiri maklumat di thread tersebut.... ambe harap saudara berhati-hati bila berada di situ... selamat merujuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 496# boerbekeng
maafkan saya, dah tercampur aduk antara dua thread sebab dah lama tak masuk dua2 thread ni. lagipun dua2 thread ni ada persamaan, tu yang boleh terkonfius sikit. apa2 pun, terima kasih saudara boer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 485# allyhasana
terima kasih diatas perkongsian.
kalimah tauhid itu adalah kunci ruh.
kuncilah ''diri'' dgn kalimah tauhid itu dua kali sehari minima, sekurangnya sekali waktu sedar pagi dan sekali pada waktu melelap mata pada malam hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 485# allyhasana
Menarik jugak persoalan tu.... jadi apakah/siapakah sebenarnya sam dan ram itu....????
adakah kena mengena dengan Al-Hin atau golongan yang berbeza.....???
sesiapa yang sudi berkongsi akan hal ini....??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 359# MANSTIR
kadang-kadang sesuatu jawapan yang dinyatakan tidak selaras dengan kehendak dan permintaan anda. dikhuatiri jawapan yang diberikan akan memesongkan dan menjauhkan diri dari pada NYA. Adalah lebih baik anda mohon sendiri dari Allah taala. lebih jelas dan benar. kerana tidak ada dolak dalih lagi. sujudlah pada NYA dan mintalah pada NYA. dia yang lebih mengetahui. mintalah hijab pandangan, pendengaran dan akal dibuka, supaya apa yang anda cari itu bertemu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|