CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 13

Pembedahan jantina bagus apa........

[Copy link]
Post time 8-6-2011 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Saintis India lakukan pembedahan jantina udang bagi hasil tinggi


2011/06/08CHENNAI: Dalam satu ujian yang julung kali diterokai, saintis India melakukan pembedahan jantina mikro ke atas udang air tawar untuk mewujudkan spesi "neo-female" yang lebih berkualiti dan dijangka membantu menyuburkan semula sektor akuakultur India yang semakin mundur.

Sejak bertahun lamanya, penternak udang kecil-kecilan di pedalaman India bergelut dengan masalah produktiviti rendah, kerana udang jantan membesar lebih cepat daripada spesi betina yang ringan dan pendek jangka hayatnya.
Spesis betina ini juga menetaskan anak-anak udang jantan yang terhad, dan dari segi komersialnya tidak ekonomik.   
Tetapi, penyelidikan selama dua tahun kini bakal mengubah nasib penternak ini selepas saintis di Pusat Akuakultur Rajiv Gandhi (RGCA) di Andhra Pradesh berjaya mencipta baka neo-female (udang jantan yang ditukar jantina) yang akan memastikan pengeluaran anak udang air tawar gergasi yang semuanya jantan dan berkualiti tinggi.

"Ia membabitkan pertukaran jantina udang air tawar jantan yang sihat menjadi udang betina yang dipanggil neo-female dengan menggunakan intervensi pembedahan mikro dan mengacukkan undang-udang betina ini dengan udang jantan biasa untuk menghasilkan anak udang yang kesemuanya jantan.  

"Ini adalah intervensi fisiologi dan tiada kaitan dengan manipulasi genetik," kata Y.C. Thampi Sam Raj, pengarah projek di ibu pejabat RGCA  Nagapattinam, Tamil Nadu.

Spesis neo-female boleh dengan mudahnya mengawan dengan udang jantan biasa untuk menghasilkan anak udang yang kesemuanya jantan, dan ini pada umumnya digemari oleh penternak disebabkan oleh kadar pertumbuhannya yang pantas dan kualitinya yang tinggi.

"Teknologi ini boleh meningkatkan hasil sebanyak 40 peratus daripada pengeluaran sekarang dan bakal menjadi rangsangan kepada penternak udang di India. Teknologi ini akan mengambil masa selama setahun lagi untuk dikomersialkan," jelas Thampi.

Pengeluaran udang air tawar India terjejas teruk dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan teknologi manakala eksport menjunam daripada paras tertinggi 43,000 tan metrik pada 2005 kepada 4,000 tan metrik dalam tempoh 2010 hingga 2011.

Hasil laut menyumbang kira-kira 1.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport India, dan dari 2010 hingga 2011 India mengeksport hampir 730,000 tan metrik makanan laut bernilai AS$2.68 bilion (RM8 bilion). - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 08:03 PM | Show all posts
ingtkan jantina apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 10:48 AM | Show all posts
hahaha!!

tapi kalo buek kat orang tak de la menyuburkan.. huru hare jadinye.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:31 PM | Show all posts
hadoii ingatkan ape tadi..........
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 10:17 AM | Show all posts
Ha lepaih tu sape yang makan plak kan boleh bertukar jantina.. baru jadik kes naye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 10:19 AM | Show all posts
so sesape yang tukar jantina = otak udang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2011 09:47 AM | Show all posts
emm ak pun ingat bedah jantina celah mana yg baguih tuh
ghupanya udang je............
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:19 AM | Show all posts
si udang betina dok beranak dapat anak jantan banyak.. anak-anak dia lepas tu dibetinakan.. lepas dibetinakan, dia beranak lagi anak jantan.. lepas tu anak-anak jantan dibetinakan lagi.. last2, yang betul2 lahir betinanya makin kurang..


lepas tu lagi, udang-udang dekat india dah jadi udang gay la plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 05:49 PM | Show all posts
udang, heh.. makin ramai lah yg betina dlm udang tu.. habis tu x agak agak bilangan yg memang dah reserve utk kekal sebagai udang jantan, ada x ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:38 PM | Show all posts
ceh pembedahan jantina udang rupanya , tajuk x bleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:45 PM | Show all posts
hahahaahahahah... kelako baca komen  korangggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 09:22 AM | Show all posts
igtkn jantina manusia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 10:23 AM | Show all posts
tertipu ngan tajuk tt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 11:12 AM | Show all posts
kesiannya udang tu, lama2 udang betina sebenar dah pupus di india, semua udang betina jadian (neo-female) je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.079400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list