CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2816|Reply: 10

JALAN TAR ATAU TIDAK SEBENARNYA

[Copy link]
Post time 15-6-2011 10:37 AM | Show all posts |Read mode
salam semua..sudah lama xmenjengah kat sini..tp aku sini nk upload beberapa kpg gmbr le..aku xtau le camne sebenarnya nk lakukan perubahan kat kg aku ni...susah le kalu politik di kg kan..semua xmau kemajuan....huhuhu





jadi aku amat mengharap kpd pihak yg berwajib sekiranya tahu akan kewujudan kg ini silalah beri kerjasama..kerna sudah bnyk kali tayar pecah...dan ada juga berlaku kemalangan apabila hujan turun..malah ini lah satu2 nya jln penghubung kg ke bandar tanah merah klantan.....dan juga jln ini lah yg di gunakan oleh semua pelajar sek men ladang kerilla...
di harap boleh bagi kerjasama...
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 04:28 PM | Show all posts
nak tanya skali...felda ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:26 PM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:13 AM | Show all posts
kita bertindak keatas diri kita sendiri..
jgn menharapkan org lain utk bertindak..
mampu tau tidak..itu lain cerita..
sila bawak aduan ini kepihak berwajib..
ker Dun, ke PBT..
kalau nak cepat ke media..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 10:33 AM | Show all posts
nak tanya skali...felda ker?
d_anne04 Post at 15-6-2011 16:28



    ini kat kg je...bukan felda tapi estet yg lalu hanya tractor shj lori xde
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 10:36 AM | Show all posts
kita bertindak keatas diri kita sendiri..
jgn menharapkan org lain utk bertindak..
mampu tau tidak ...
AwangAli Post at 16-6-2011 10:13



    heheheh sebenarnye aduan dah dibuat baru3 ini xsilap bulan 3 dia dah buat tar tp aku balik awal bulan semua dah pecah..biasa le tar yg digunakan jenis tar yg kualiti xbaik mcm tu le jadinya...kalu nk tau tar ni du buat olh pihak pas(sori ek dia yg ckp xnak pihak lain mengaku tar yg dibuat dikg aku ni hasil tangan pihak lain) heheheh aku xfhm le politik diorg kite yg jadi mangsa...kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2011 10:38 AM | Show all posts
ini aku copy dr paper sinar
TANAH MERAH, 10.Mac - Kesungguhan kerajaan Kelantan dalam memenuhi hasrat rakyat semenjak mula mengambil alih kerajaan di tahun 1990 semakin terserlah dan dapat diterima rakyat di negeri ini dari pelbagai kaum, demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Dato’ Mejar ( B ) Md Anizam A...bd Rahman ketika merasmikan pembinaan jalanraya di Ladang Kampung Sokor, Tanah Merah hari ini.

Turut hadir Adun Gual Ipoh Wan Yusof Wan Mustafa, Ketua Jajahan Tanah Merah Haji Zamri Ismail , Timbalan Ketua Jajahan Muhd Mukhlis Mukhtar dan Pengurus Ladang Kampung Sokor Nathan a/l Ramalingam.

Md Anizam berkata sehingga kini sudah banyak program yang boleh meningkatkan ekonomi dan kebajikan rakyat seperti penyediaan skim Takaful Kifaalah dan yang terbaru pemberian beras percuma dalam skim Al-It’am.

Menyentuh penyediaan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya sejauh 2KM di Ladang Kampung Sokor tersebut, beliau berkata walaupun ia merupakan pembinaan jalan yang singkat, namun ia amat bernilai bagi penduduk setempat.

“ Kita sedar pelbagai permintaan dari rakyat yang diterima kerajaan, namun sebagai sebuah kerajaaan yang mementingkan kebajikan rakyat, ia terpaksa dilakukan secara berhemah dan agak mustahil dapat memenuhi semua kehendak rakyat dalam masa yang sama” ujar beliau.


Gimik perasmian turut disaksikan oleh Adun Gual Ipoh dan Ketua Jajahan Tanah Merah
Md Anizam berkata dalam aspek pembinaan jalanraya di negeri ini ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Jalanraya Persekutuan, negeri dan kampung.

“ Saya berharap sangatlah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak payah membina papan kenyataan bagi menjelaskan projek pembinaan dibiayai oleh mereka kerana dalam aspek pembinaan jalanraya ia adalah berkaitan antara satu sama lain.”ujar beliau.

“ Semua pengguna mesti melalui jalan dari ketiga-tiga kategori tersebut, kalau keluar rumah, kita kena lalui jalan kampung, lepas itu guna jalan negeri dan kalau jauh sikit sudah tentu kena lalui jalan persekutuan, jadi tak payahlah nak menonjolkan diri dalam pembinaan infrastruktur tersebut”katanya lagi.


Dato Md Anizam meninjau jalan yang dibina sejauh 2KM
Sementara itu Adun Gual Ipoh Wan Yusof Wan Mustapa pula berkata, beliau amat menyedari kesusahan penduduk di Kampung Sokor dan ladang tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana kerajaan telah sanggup memberi peruntukkan dalam membina jalanraya berturap tersebut bagi kemudahan penduduk.

“ Kalau dulu, kita dapati penduduk di sini sentiasa dilanda masalah sistem perhubungan jalanraya dan mengambil masa hampir satu jam untuk keluar, namun dengan adanya jalanraya yang elok ini, mereka telah dapat memendekkan masa perjalanan sehingga hanya lima belas minit sahaja”katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 03:34 PM | Show all posts
kes jalan x baiki nie bukan kat luar bandar jer. kampung2 di pinggir KB, kebanyakan jalan deme teruk2 termasuk ler kampung aku. setiap kali musim tengkujuh mesti keta x dapat nak lalu. Rasa macam dok ulu dabong plak walau umah kat KB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 01:18 PM | Show all posts
kes jalan x baiki nie bukan kat luar bandar jer. kampung2 di pinggir KB, kebanyakan jalan deme teruk ...
kau244 Post at 18-6-2011 15:34



kalau jalan selalu banjir memang mcm tu la............ lepas bah jalan mesti rosak.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 1# fenin

Jalan kat sabah mcm ni la... tu pun kira OK... kalau tak... jalan tanah merah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:35 PM | Show all posts
Reply 9# aminkdt


   kat kampung aku x banir pun jalan rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.250490 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list