View: 163|Reply: 0
|
Kereta elektrik SIM-Drive miliki bateri tahan lama
[Copy link]
|
|
PAKAR kenderaan elektrik Jepun, SIM-Drive mencipta sebuah kereta elektrik yang didakwa mampu dipandu sehingga sejauh 300 kilometer bagi sekali caj baterinya.\rSyarikat itu berharap memasarkannya menjelang 2013, tetapi tidak mendedahkan kos sebenar projek itu.\r\n\n\n\n\r Katanya, kereta dengan empat tempat duduk itu mempunyai motor di dalam setiap roda dan rangka yang sangat ringan, membolehkannya bergerak sejauh 333 kilometer bagi sekali caj baterinya dalam ujian yang dijalankan.\r\r\n\n\n\n\n Perekanya berkata, mereka berharap model prototaip yang membabitkan kerjasama 34 organisasi termasuk Mitsubishi Motors dan firma kejuruteraan IHI, akan dijual kepada pengeluar kenderaan untuk dikeluarkan secara besar-besaran.\rPenggunaan kereta elektrik masih dibelenggu beberapa masalah seperti harga bateri yang mahal dan kekurangan pusat pengecas tenaga, sekali gus menjejaskan pergerakannya. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|