View: 91|Reply: 0
|
Analisis: Negara sukar kekal harga bahan api
[Copy link]
|
|
Pengukuhan dalam kedudukan fiskal prasyarat Malaysia berpendapatan tinggiKENAIKAN berterusan harga minyak mentah di pasaran global menimbulkan kesulitan kepada Malaysia mengekalkan harga pasaran bagi bahan api.\rPeningkatan jumlah subsidi turut menyukarkan kerajaan mengekalkan defisit fiskal pada tahap yang boleh diuruskan.\r\n\n\n\n\r Walaupun dalam jangka pendek ia memberi kesan negatif terhadap inflasi, namun untuk jangka sederhana dan panjang, pengurangan berterusan dalam pergantungan kepada subsidi dan pengukuhan dalam kedudukan fiskal adalah prasyarat kepada Malaysia untuk mencapai matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi.\r\r\n\n\n\n\n Sejak ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dan Afrika Utara (MENA), purata harga minyak mentah global melonjak sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong pada 2010 dan AS$73 setong (2009).\rPurata terkini hanya rendah sedikit berbanding AS$100 setong pada 2008.\rWalaupun kesan pusingan pertama kenaikan harga minyak mungkin memberi kesan positif kepada negara ekoran pertambahan hasil kerajaan, namun kesan jangka pendek dan sederhana menjejaskan pemulihan ekonomi melalui pengurangan perbelanjaan pengguna akibat tekanan inflasi.\rPeningkatan harga minyak mentah global sangat menjejaskan kekukuhan fiskal Malaysia kerana subsidi bahan api turut meningkat.\r\n\n\n\n\rBerdasarkan harga minyak mentah semasa, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang dijangkakan sebelum ini.\rJika diandaikan harga minyak mentah terus kekal ataupun semakin meningkat tahun ini dan harga runcit bahan api di negara ini masih tidak berubah, jumlah subsidi yang ditanggung meningkat sekali ganda kepada lebih RM18 bilion, melebihi bajet awal sebanyak RM10 bilion.\rPerbandingan, jumlah subsidi yang dibayar pada 2010 adalah RM9.2 bilion dengan lebih RM3 bilion diperuntuk bagi RON95.\rPada 2008, subsidi bahan api berjumlah RM17.6 bilion.\rKetika pembentangan bajet 2011, kerajaan menganggarkan subsidi bahan api adalah lebih sedikit daripada RM10 bilion atas andaian harga minyak mentah di pasaran global kekal di paras sederhana AS$90 setong.\rBerdasarkan andaian itu, kerajaan berada di landasan yang tepat mengurangkan defisit fiskalnya kepada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\rNamun berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan jumlah subsidi mencecah RM18 bilion, kerajaan dijangka mengalami defisit fiskal lebih besar iaitu enam peratus daripada KDNK jika harga RON95 masih lagi dikekalkan di paras RM1.90 seliter untuk tahun ini.\rMengikut kajian kami, setiap kenaikan AS$1 bagi harga minyak mentah dalam sesuatu tempoh tertentu, ia boleh menjana hasil tambahan sehingga RM500 juta kepada kerajaan.\rJika kerajaan masih mahu mengekalkan harga minyak, peningkatan subsidi boleh mengurangkan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti operasi ataupun pembangunan.\rKerajaan boleh melaksanakan penjimatan dalam perbelanjaan operasi seperti mengurangkan perbelanjaan kementerian dan menggalakkan perbelanjaan berhemat.\rBagaimanapun pemotongan perbelanjaan pembangunan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan negara.\rJusteru, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan pengurangan subsidi secara beransur.\rPada masa sama, kerajaan perlu meneroka sumber pendapatan baru bagi mengurangkan defisit fiskal untuk jangka sederhana dan panjang.\rKawalan harga mematikan harga barang keperluan di negara ini lebih rendah berbanding kebanyakan negara lain di rantau ini.\rPerbezaan harga itu menjelaskan kenapa Malaysia hanya mengalami kesan yang kecil daripada peningkatan harga makanan dan komoditi global.\rSebagai contoh, walaupun RON95 di negara ini dijual pada RM1.90 seliter, harga puratanya di Singapura ialah RM5.19 seliter, di Thailand RM4.90 seliter manakala di Indonesia RM3.20 seliter.\rKesan kenaikan harga minyak kepada ekonomi sesebuah negara bergantung kepada beberapa faktor.\rPerbezaan yang paling jelas adalah di antara pengeksport bersih dengan pengimport bersih minyak.\rPengeksport bersih akan memperoleh hasil lebih tinggi daripada kenaikan harga, tetapi pengimport bersih bakal akan berdepan kenaikan kos.\rBerikutan golongan berpendapatan tinggi menggunakan lebih banyak bahan api berbanding golongan berpendapatan rendah, maka sasaran kerajaan untuk membantu golongan miskin tidak akan tercapai.\rJusteru, adalah lebih baik bagi kerajaan untuk menyalurkan bantuan terus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini dengan menyediakan rebat seperti mana yang dicadangkan di bawah program rasionalisasi subsidi.\rRebat melalui pejabat pos boleh menjadi satu cara untuk mengurangkan ketidakpuasan hati yang timbul di kalangan rakyat.\rPendekatan lain ialah dengan membina lebih banyak kedai harga rendah yang diuruskan oleh kerajaan atau koperasi.\rKedai berkenaan akan menjual barangan keperluan seperti beras, tepung dan minyak masak pada harga subsidi bagi golongan berpendapatan rendah yang mana mereka perlu mengemukakan kad pengesahan yang dikeluarkan kerajaan.\rIa mungkin sudah dirancang oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga serta mengawal kesan inflasi di kalangan rakyat miskin.\rPendekatan lain termasuk memberikan elaun sara hidup bagi pekerja swasta, di samping mengkaji semula skim gaji sektor kerajaan.\rPenulis ialah Ahli Ekonomi Kanan di AmResearch.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|