CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

PROTON bakal masuk Poland

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke EropahJENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.\rSelain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.\r\n\n\n\n\r  Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.\r\r\n\n\n\n\n  Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.\r“Marvipol sudah menyatakan minat kepada PROTON untuk menjadi pengedar eksklusif kenderaan Proton dan Lotus di Poland. Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan dan ia masih lagi pada peringkat awal.\r“Jika tiada aral melintang, pengurusan PROTON dijangka mengusulkan rancangan ini (mengeksport kenderaan PROTOn dan Lotus ke Poland) kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan secepat mungkin supaya kumpulan pertama (kereta PROTON dan Lotus) dapat dieksport tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.\rSumber itu berkata, model kereta PROTON dan Lotus yang akan dieksport ke Poland masih belum dimuktamadkan, namun difahamkan, antara model berpotensi ialah Exora, Satria Neo, Persona serta kereta global pertamanya, Emas.\r\n\n\n\n\rModel Lotus pula Lotus adalah Esprit, Elan, Elite, Eterne dan Elise.\rPengurusan PROTON gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.\rNamun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa. \r“Syarikat yang ditubuhkan pada 1985 itu dilihat makin matang dan ia kini lebih bersedia menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding pasaran domestik,” katanya sambil menambah langkah pengembangan pasaran eksport PROTON itu juga seiring perubahan landskap industri permotoran global yang menuntut pengeluar kereta nasional itu menetapkan hala tuju baru untuk terus kekal berdaya saing. \rKetika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport.\rSelain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.885894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list