CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

Malaysia keluar peledak artileri

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BDT, Prokhas kerjasama bina kilang  ‘propellant’ di BentongMALAYSIA akan menjadi negara pengeluar ‘propellant’ atau bahan penggerak untuk peledak artileri dan roket bagi industri ketenteraan seawal tahun depan.\rIa akan dikeluarkan Pyrotechnical Ordnance Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara anak syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Boustead Defence Technologies Sdn Bhd (BDT) dengan Prokhas Manager Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata propellant yang akan dikeluarkan dengan sokongan teknikal Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) itu boleh digunakan untuk menggerakkan pelbagai jenis artileri dengan saiz kaliber daripada 30 milimeter hingga ke 155 milimeter.\r\r\n\n\n\n\n  “Pengeluarannya nanti cukup untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebelum diperkembangkan bagi memenuhi keperluan pertahanan negara ASEAN.\r“Pengeluaran pertamanya akan bermula hujung tahun depan,” katanya sambil menambah kilang ‘propellant’ itu akan dibina di tapak seluas 8.4 hektar di Bentong, Pahang dengan bahan mentahnya dibekalkan dari Slovakia.\rBeliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian usaha sama antara BDT dan Prokhas Manager bagi penubuhan Pyrotechnical Ordnance Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Bahagian Menteri Kewangan Diperbadankan, Eshah Meor Suleiman.\r\n\n\n\n\rProkhas Manager, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, menguasai 51 peratus kepentingan dalam Pyrotechnical Ordnance, manakala bakinya oleh BDT.\rAhmad Ramli berkata, projek itu bertujuan mendokong hasrat kerajaan memantapkan keupayaan sokongan selaras konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) negara.\rPropellant yang dimport ATM ketika ini, katanya, sering berhadapan isu kualiti dan standard yang tidak konsisten.\rSehubungan itu, katanya, dengan adanya keupayaan menghasilkan produk itu nanti, negara akan mendapat jaminan kualiti dan barisan bekalan mencukupi, selain penjimatan kos.\rBeliau berkata, Pyrotechnical Ordnance akan memiliki modal saham awal dibenarkan RM50 juta dengan bodal berbayar RM35.294 juta.\rSementara itu, Ahmad Zahid berkata, projek itu adalah usaha sokongan kepada perniagaan teras SME Ordnance Sdn Bhd, pembekal amunisi kepada ATM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.302661 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list