CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Pendapatan tiga bulan pertama MAHB RM132.9j

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperkenal insentif baru bagi syarikat penerbangan tahun depan untuk meningkatkan ketibaan penumpang di semua lapangan terbang yang dikendalikannya.\rKetua Pegawai Kewangannya,  Faizal Mansor, berkata ia akan menggantikan insentif sekarang yang akan tamat menjelang akhir tahun ini.\r\n\n\n\n\r  “Kami merancang untuk melancarkan program insentif baru, tetapi dengan sedikit perbezaan daripada yang ada sekarang,” katanya pada taklimat media mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Faizal berkata, insentif sekarang yang bermula pada Januari 2009, akan memberi ganjaran lebih menarik kepada syarikat penerbangan berdasarkan pertumbuhan penumpang pada tahun sebelumnya.\r“Tahun lalu, syarikat ini membayar sejumlah RM30 juta bagi prestasi pertumbuhan penumpang dalam 2009.\r“Tahun ini, kami menjangka untuk membayar hingga RM80 juta bagi prestasi 2010. \r“Pada 2012, pembayaran bagi prestasi tahun ini dijangka mencecah RM100 juta,” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, MAHB mencatatkan prestasi suku pertama yang lebih kukuh tahun ini, dengan keuntungan sebelum cukai yang memberangsangkan dengan  mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 11 peratus atau RM13.2 juta lebih tinggi kepada RM132.9 juta berbanding tempoh yang sama berbanding tahun lalu.\rPendapatannya melonjak kepada RM610.4 juta daripada RM498.6 juta sebelumnya hasil daripada peningkatan kendalian lapangan terbang sebanyak 3.5 peratus dan pendapatan bukan aeronautikal sebanyak 7.3 peratus, kebanyakannya diraih daripada perniagaan runcit syarikat itu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.561311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list