|
40,000 jam program sudah dijual ke 35 negara\rMEDIA Prima Bhd mahu meningkatkan pendapatannya daripada penjualan isi kandungan terbitan kumpulan itu kepada saluran televisyen lain dengan meninjau beberapa pasaran baru di seluruh dunia, terutama pada peringkat serantau.\r\n\n\n\n\r Konglomerat media tempatan itu kini mempunyai kira-kira 40,000 jam program dalam pustaka simpanannya yang sudah dipasarkan ke 35 negara, sekali gus menghasilkan pendapatan tambahan kepada operasinya yang bertumpu kepada hasil pengiklanan.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Bersama Rangkaian Televisyen dan Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perniagaan & Antarabangsa Media Prima, Datuk Kamal Khalid, berkata hasil jualan isi kandungan kumpulan itu ketika ini masih kecil, kira-kira RM10 juta tetapi berpotensi dikembangkan.\r“Perniagaan ini semakin berkembang dan kami mahu meningkatkan sumbangannya kepada sekitar 10 peratus kepada pendapatan kumpulan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran saluran televisyen terbaru Media Prima, EMAS yang disediakan untuk pelanggan perkhidmatan HyppTV oleh Telekom Malaysia Bhd (TM).\rPelancarannya disempurnakan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie dalam satu majlis di Sri Pentas, semalam.\rSaluran EMAS adalah saluran kontemporari pertama di Malaysia yang menampilkan semula program popular terbitan kumpulan Media Prima seperti Majalah 3, Sinaran Pasport Kegemilangan, Wanita Hari ini, Malaysia Hari Ini, Senario, Melodi, Nona dan Jejak Rasul.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|