CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

PNB sokong Maybank ambil alih RHB Capital

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Langkah tingkat nilai pelaburan perbankan terbesar\rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menyokong langkah Malayan Banking Bhd (Maybank) untuk mengambil alih RHB Capital Bhd, jika ia mampu menambah nilai pelaburannya dalam kumpulan perbankan berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata beliau yakin bahawa Maybank telah mengambil kira kepentingan semua pihak yang terbabit dalam mana-mana penstrukturan atau pengambilalihan yang yang dilakukannya.\r\r\n\n\n\n\n  “Dari semasa ke semasa kami akan pastikan syarikat yang mana PNB mempunyai pegangan besar, supaya sentiasa mencari jalan untuk menambah nilai kedudukan masing-masing.\r“Sebagai pemegang saham, kami akan menilai setiap tindakan atau proses menambah nilai, penstrukturan atau pengambilalihan dan kami akan melihat sama ada keputusan itu mampu memberikan nilai kepada PNB. Itu yang penting bagi kami,” katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Keperluan Baru untuk Kepimpinan’ di Kuala Lumpur, semalam.\rPNB adalah pemegang saham utama dalam Maybank. Baru-baru ini ia membeli tiga juta lagi saham dalam Maybank yang meningkatkan pegangannya dalam kumpulan perbankan terbesar tempatan itu kepada 401.64 juta saham.\rSelain Maybank, CIMB juga turut membida untuk mengambil alih RHB Capital.\r\n\n\n\n\rKedua-dua kumpulan perbankan itu itu telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia awal minggu ini untuk memulakan rundingan pengambilalihan itu selama tiga bulan bermula 31 Mei.\rKetika ini Maybank adalah kumpulan perbankan terbesar di negara ini dengan aset berjumlah RM357.6 bilion setakat akhir tahun lalu, diikuti CIMB dengan aset sebanyak RM269.4 bilion. - BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055662 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list