CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Scomi bina monorel di Brazil

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Konsortium menang kontrak  RM2.6 bilion   projek  di Sao PauloSCOMI Group Bhd menerusi Consortium Monotrilho Integracao memenangi kontrak bernilai RM2.6 bilion bagi melaksanakan projek monorel di Sao Paulo, Brazil.\n\n\n\nConsortium Monotrilho Integracao ialah usaha sama antara anak syarikatnya, Scomi Engineering Bhd dengan dua syarikat Brazil Andrade Gutierrez SA (AG Group) dan CR Almeida SA Engenharia de Obras and Montagens e Projetos Especiais SA (MPE).\n\n\n\n\nDi bawah kontrak itu, konsortium   melaksanakan kerja reka bentuk, mengeluar, membekal dan melaksanakan sistem monorel sepanjang 18 kilometer di laluan 17, iaitu kawasan bandar pembangunan utama di Sao Paulo.Sistem monorel itu  membabitkan pembinaan 18 stesen menghubungkan laluan antara Jabaquara, Sao Paulo dan Morumbi serta pembekalan 24 set tren  yang  setiap set  memiliki tiga unit gerabak dan berupaya membawa sehingga 252,000 penumpang sehari.Ketua Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain, berkata kerja itu dijangka bermula Julai ini dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 42 bulan.Beliau berkata, di bawah kontrak itu, Scomi Engineering  terbabit dalam kerja pembekalan sistem penggelek, sistem pengurusan gerabak (VMS),  mereka bentuk suis, sistem bersepadu, serta sistem jaminan, pengujian dan pentauliahan.\n\n\n\n“Memandangkan skala dan lingkup projek infrastruktur itu amat besar, ia disifatkan  pencapaian terbesar   dan   mencerminkan keyakinan  kemampuan serta capaian rekod prestasi kumpulan  menguruskan kemudahan pengangkutan bandar membabitkan skala besar pada peringkat antarabangsa.“Pencapaian itu juga membuktikan kekukuhan rakan konsortium kami yang dianggotai AG Group dan MPE yang sudah  memiliki  prestasi yang kukuh dalam sektor pembinaan, bukan hanya di Brazil, malah di negara Amerika Selatan lain.“Keupayaan dan kemahiran kedua-dua firma berkenaan sangat berharga dalam melaksanakan projek ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list