|
SP Setia Bhd, akan membangunkan semula tapak pangsapuri dan rumah kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras dengan nilai pembangunan keseluruhan bernilai RM2.8 bilion.\rTimbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia, Datuk Voon Tin Yow, berkata fasa pertama projek itu bermula bulan depan.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perjumpaan bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengenai cadangan pembangunan semula perumahan berkenaan di Putrajaya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Sementara itu, Nong Chik berkata fasa pertama projek membabitkan pembangunan semula berkonsepkan rumah mampu milik berkualiti 1,255 unit yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.\rKatanya, SP Setia juga akan membina projek perumahan pangsapuri untuk eksekutif muda dengan harga seunit tidak melebihi RM300,000 dengan keluasan sekurang-kurangnya 800 kaki persegi di kawasan berkenaan.\r“Dengan projek pembangunan semula ini, 615 pemilik rumah dua bilik memperoleh seunit rumah baru berkeluasan 900 kaki persegi (kps) dan 243 pemilik rumah satu bilik memiliki rumah berkeluasan 800 kps.\r“Seramai 4,810 penyewa Sri Pahang, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas diberi pilihan sama ada ingin terus menyewa pada kadar RM124 buat masa ini atau membeli rumah yang baru dengan nilai harga RM42,000.\r\n\n\n\n\r“Saya harap penyewa membeli rumah ini. Cuma mungkin 10 ke 20 peratus yang tidak mampu beli. Jadi kerajaan akan cari skim tertentu untuk menolong mereka,” katanya.\rNong Chik berkata, penghuni rumah kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang dan Taman Ikan Emas di Cheras juga tidak perlu berpindah sementara menunggu siapnya projek pembangunan semula berkenaan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|