CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Celcom yakin catat untung bersih RM2b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Produk baru mampu  tambah laba\rCELCOM Axiata Bhd yakin keuntungan bersihnya akan mencecah RM2 bilion tahun ini hasil pelancaran barisan produk baru, penjimatan kos operasi dan perbelanjaan secara bijak.\r\n\n\n\n\rKetua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata syarikat  akan melancarkan sekurang-kurangnya lima produk baru setiap suku tahun sama ada ia   produk baru sepenuhnya, menambah baik   atau pelarasan produk sedia ada.\r\r\n\n\n\n\n“Kami juga akan meneruskan usaha membendung kenaikan kos dengan mengurangkan perbelanjaan tidak diperlukan serta membuat perbelanjaan bijak,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi kewangan Celcom di Kuala Lumpur, semalam.\rCelcom  untung bersih RM499 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2011, meningkat 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.\rPendapatan pada suku itu meningkat dua peratus kepada RM1.74 bilion berbanding suku sama 2010.\rIa kini menguasai kira-kira 33 peratus pasaran telekomunikasi mudah alih tempatan dengan kedudukan kukuh dari segi pelanggan jalur lebar mudah alih.\r\n\n\n\n\rAnak syarikat kumpulan Axiata itu juga muncul satu-satunya pengendali telekomunikasi tempatan yang mencatat pertumbuhan dalam semua petunjuk prestasi utamanya bagi 20 suku kewangan berturut-turut sejak lima tahun lalu.\rShazalli berkata, Celcom kini melihat perniagaan data sebagai sumber pendapatan baru berpotensi paling besar untuk dikembangkan.\r“Pertumbuhan kumpulan dilihat lebih cenderung dalam perniagaan data, terutama menerusi kategori pengisian apabila pendapatannya meningkat kepada RM616 juta daripada RM519 juta suku sebelumnya,” katanya.\rSebagai contoh, beliau berkata, perkhidmatan laman sosial interaktif Kolony yang baru  diperkenalkan   menarik kira-kira dua juta pengguna   sebulan dilancarkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.049108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list