|
EKSPORT Malaysia April lalu berkembang 11.1 peratus kepada RM57.8 bilion berbanding bulan sama tahun lalu.\rPeningkatan konsisten sejak Januari itu menjadikan jumlah eksport negara bagi empat bulan pertama tahun ini RM224.16 bilion, naik 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Import pada bulan itu turut mencatat peningkatan tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 9.4 peratus kepada RM46.79 bilion, menggambarkan persekitaran permintaan domestik yang kukuh, sekali gus menyediakan asas yang baik bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n Berbanding bulan sebelumnya, eksport pada April itu menguncup 6.6 peratus, manakala import susut 7.4 peratus.\rMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan prestasi eksport dan import pada April itu, Malaysia mencatatkan lebihan perdagangan RM11.01 bilion iaitu lebihan bagi bulan ke 162 berturut-turut sejak November 1997.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|