|
Pelaburan beri peluang pekerjaan baruSIME Darby Bhd yang melabur dan pada masa sama menyumbang membangunkan infrastruktur dan keperluan sosial di Liberia, kini menjadi penanda aras kepada syarikat multinasional lain yang ingin beroperasi di negara itu, kata Naib Presiden Liberia, Joseph Boakai.\rKatanya, kehadiran Sime Darby itu adalah tepat pada masanya iaitu pada saat negara yang baru aman daripada perang saudara, memerlukan pelaburan bagi membangunkan semula negaranya.\r\n\n\n\n\r “Sime Darby adalah ‘talian hayat’ ekonomi Liberia. Kecekalan, keberanian dan keikhlasan Sime Darby untuk terus melabur serta menyediakan peluang pekerjaan, membangunkan infrastruktur di sebalik pelbagai peristiwa hitam yang berlaku sebelum ini, adalah amat dialu-alukan.\r\r\n\n\n\n\n “Negara anda patut bangga memiliki syarikat sedemikian, ia menjadi contoh cara pelaksanaan perniagaan kepada syarikat lain, bukan hanya yang berhasrat melabur di negara ini, malah di mana-mana saja di dunia,” katanya kepada Berita Harian selepas majlis penanaman sulung pokok sawit dan pelancaran estet pertama milik Sime Darby di Matambo, Grand Cape Mount dekat Monrovia baru-baru ini. Hadir sama Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam.\rPada majlis sama, Sime Darby turut melancarkan kompleks kediaman ladang bersepadu bagi pekerja estet yang turut menyediakan kemudahan seperti sekolah, pusat jagaan kanak-kanak, klinik, masjid dan sebagainya.\rIa adalah percubaan kali ketiga syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu, meneroka perladangan di negara itu, setelah dua percubaan sebelum ini tertangguh susulan dua perang saudara iaitu dari 1989 hingga 1996 dan dari 2001 hingga 2003.\rLiberia meraih keamanan pada 2006 apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaturkan pilihan raya yang menyaksikan pembentukan kerajaan pilihan rakyat.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Musa berkata, Sime Darby bercadang melabur sehingga AS$3.1 bilion (RM9.3 bilion) dalam tempoh 15 tahun bagi memajukan ladang seluas 220,000 hektar menerusi konsesi bertempoh 63 tahun yang diperoleh pada 2009.\rApabila ladang itu beroperasi sepenuhnya menjelang 2025, ia berpotensi menyediakan sehingga 35,000 peluang pekerjaan sekali gus menaikkan taraf hidup penduduk tempatan di sana.\r“Sawit adalah tanaman keamanan dan kemakmuran. Kami adalah rakan niaga jangka panjang menerusi konsep menang-menang dengan Liberia,” katanya.\rDi samping itu, Musa berkata, Sime Darby juga akan membina kompleks perumahan untuk pekerja estetnya di Liberia, yang mana sama dengan kemudahannya di Malaysia dan Indonesia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|