CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

ATM bantu Beret Hijau

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Drama bersiri mengangkat cerita komando disiarkan sempena Hari PahlawanMELIHAT daripada aspek pembikinan drama bersiri komando, Beret Hijau, mungkin ramai menyangka ia adalah sebuah filem ketenteraan yang semakin sukar ditontoni di televisyen.\rDrama terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd (GNE) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, menyajikan hampir keseluruhan cerita dengan aksi daripada komando ketika bertempur, termasuk penggunaan kelengkapan ketenteraan.\r\n\n\n\n\rDrama bersiri 13 episod yang bakal disiarkan TV1 pada 31 Julai sempena Hari Pahlawan, menggunakan pelbagai senjata seperti M16, raifel automatik, trak tentera, helikopter, pesawat tentera, bot tempur, pelancar roket dari kenderaan, pisau komando, bom asap dan ambulans perisai serta khidmat 200 komando dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\r\r\n\n\n\n\nDaripada itu, sudah dapat dibayangkan drama Beret Hijau menyajikan pelbagai aksi mendebarkan. Tidak hairanlah kos pembikinan drama ini melebihi setengah juta ringgit dan lebih tinggi daripada itu kalau tidak mendapat sokongan daripada ATM.\rPenerbitnya, Den Wahab berkata, pembikinan drama ini menyamai sebuah filem dalam pelbagai aspek dititikberatkan.\r“Drama Beret Hijau percubaan pertama saya dan sudah tentu ia dilalui dengan pelbagai perit-getir cabarannya. Kos bukanlah ukuran lebih-lebih lagi ini adalah produk pertama, saya harus meletakkan satu penanda aras yang tinggi. \r“Saya juga harus menjadikan drama ini seperti kisah benar walaupun ia hanyalah sebuah drama. Menghasilkan drama ketenteraan melalui pelbagai prosedur ketat bagi mencegah dan menjaga keselamatan negara,” katanya kepada Hip ketika berkunjung ke lokasi penggambaran di Kem Sungai Udang, Melaka.\r\n\n\n\n\rDrama Beret Hijau membariskan pelakon seperti Aman Graseka (Abu Farsi), Hasnul Rahmat (Soleh), Iqbal Mazlan (Haziq), Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah) dan Corrie Lee selain penampilan seniman veteran dan Kuswadinata (Pak Ali).\rBagi Iqbal, dia melalui pengalaman memeritkan hampir tiga bulan membuatkan rasa hormat yang cukup tinggi anggota tentera.\r“Sebagai pelakon yang hanya diberi sedikit pendedahan pun cukup memeritkan, inikan pula anggota tentera sebenar yang sememangnya menjadikan bidang ini sebagai karier mereka.\r“Kesukaran saya hanyalah untuk pembawaan watak saja di mana dari budak kampung ke rekrut, melalui asas komando dan menerima pengiktirafan Beret Hijau. Peringkat peningkatan watak itu harus ditonjolkan untuk menggambarkan watak saya di dalam drama ini,” katanya.\rDengan memiliki rupa paras bersih dan baik, Iqbal tidak terlepas dipertikaikan ramai pihak apabila terpilih menjadi hero menerusi drama ini.\r“Tidak dinafikan memang saya mendapat banyak teguran apabila ada mempertikaikan saya tidak layak membintangi drama ini sebagai watak utama disebabkan wajah saya seperti hero jambu. Tetapi saya ambil yang positif saja dan buat tidak tahu apa yang dikutuk,” katanya.\rSementara itu, Corrie yang memegang peranan sebagai Sarjan Fong pula cukup puas hati dengan Baret Hijau kerana mengangkat keberanian kaum Cina dalam pasukan keselamatan negara. \r“Ini kali pertama saya memegang watak komando. Selalunya, biasanya watak saya hanyalah komunis, tetapi kali ini saya cukup berbangga kerana dapat menyarung pakaian seragam tentera, lengkap berpangkat pula. \r“Memang saya cukup teruja kerana sudah menunggu lebih 10 tahun mengidam watak seperti ini. Sebelum ini jarang melihat sarjan komando berbangsa Cina. \r“Bekerja dengan tentera ini kita harus hormat tidak kira siapa, sama ada tentera biasa atau berpangkat. Sebagai artis dapat memakai beret hijau ini cukup puas, lebih-lebih lagi saya memiliki darah askar daripada ayah,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.224098 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list