CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

TESCO lancar 4 cawangan baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pasar raya tawar 12,300 pekerjaanTESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan membuka empat pasar raya besar baru dengan pelaburan RM160 juta hingga RM280 juta tahun ini sebagai antara strategi peluasan perniagaannya di negara ini.\rSelain menyediakan perkhidmatan peruncitan, pembukaan pasar raya besar baru itu dijangka mampu mewujudkan sehingga 1,200 peluang pekerjaan baru.\r\n\n\n\n\rKumpulan peruncitan global itu akan membuka dua cawangan di Tanjung Pinang, Pulau Pinang dan Bukit Beruntung, Selangor, manakala dua lagi akan dibuka menjelang suku ketiga tahun ini.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Pasar Raya Tesco, Vivian Yap, berkata pihaknya sentiasa meninjau lokasi strategik untuk membuka pasar raya baru bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna membeli-belah barangan keperluan harian.\rKatanya, menerusi empat pasar raya baru dan 41 pasar raya sedia ada yang beroperasi di Semenanjung, Tesco secara keseluruhannya menyediakan kira-kira 12,300 peluang pekerjaan sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.\r“Jumlah pasar raya yang sudah dan akan dibuka tahun ini adalah lapan cawangan menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 45 di seluruh Semenanjung, manakala setiap daripadanya membabitkan kos kira-kira RM30 juta hingga RM70 juta mengikut saiz dan nilai tanah,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama peraduan Spend & Win di Tesco Kepong Village Mall, Kuala Lumpur, semalam.\rPeraduan selama tiga bulan bermula Disember lalu di seluruh cawangan pasar raya Tesco mendapat 105,000 penyertaan dengan 60 pemenang dipilih setiap bulan untuk memenangi tiket penerbangan ke Shanghai, China; komputer riba; televisyen LCD; barangan elektrik dan baucer makanan.\rSelepas peraduan berakhir, 180 pemenang yang dipilih bersaing merebut tiga hadiah utama, Chevrolet Cruzes 1.8 liter yang bernilai RM100,000 setiap satu.\rSyarat peraduan hanya memerlukan pengguna berbelanja minimum RM50 dalam satu resit sebelum menjawab dua soalan dan mencipta logo Tesco paling kreatif.\rTiga pemenang bertuah yang membawa pulang Chevrolet Cruzes ialah Mohd Zaki Ahmad, 38, dan Mohd Zulyadain Idris, 45, masing-masing dari Johor, manakala Foong Kei Yee, 27, dari Selangor.\rYap berkata, peraduan dengan hadiah lumayan itu adalah platform terbaik Tesco untuk menghargai pelanggan yang terus menjadikan pasar raya itu sebagai destinasi membeli-belah barangan keperluan menerusi tawaran harga terendah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list