CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Ada polis, askar Syria enggan tembak pemberontak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
GUVECCI (Turki): Warga Syria  yang kini menjadi pelarian di Turki, menceritakan mengenai anggota polis negara itu yang  berbunuhan sesama sendiri, ada askar enggan mematuhi arahan menembak penunjuk perasaan dan tiga pemuda yang dipenggal  tentera ketika cuba melarikan diri.\rKetika lebih 2,400 orang rakyat negara itu menyeberang masuk ke sempadan Turki kelmarin selepas melarikan diri dari kediaman yang dikepung askar bersama kereta kebal, mereka juga membawa bersama kisah sebenar dalam tempoh seminggu pemberontakan dan kekacauan di Jisr al-Shughour.\r\n\n\n\n\rWalaupun selamat di khemah perlindungan sementara di Turki, kira-kira 20 kilometer dari sempadan Syria, pelarian berkata mereka tetap bimbang pihak tentera akan menceroboh masuk dan enggan memberitahu nama sebenar kepada wartawan.\r\r\n\n\n\n\nSeorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rami, 22, berkata pasukan keselamatan Syria berselisih pendapat mengenai cara menangani dan menyuraikan penunjuk perasaan.\r“Segalanya bermula apabila dua penunjuk perasaan dibunuh seminggu lalu, menyebabkan anggota polis yang enggan menerima arahan ketua mereka dari puak Alawiyyin agar menembak orang awam, bergaduh sesama sendiri di balai polis Emin Asqari.\r“Kemudian sekumpulan askar juga disingkirkan selepas enggan menembak penunjuk perasaan. Mereka menanggalkan pakaian seragam, meninggalkan senjata dan melarikan diri bersama keluarga masing-masing,” kata Rami, seorang pelajar di sebuah universiti di Jisr al-Shughour.\rBeliau  berkata, dua helikopter juga melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam dan rumah penduduk yang dicurigai.\r\n\n\n\n\rRami berkata, beliau tidak dapat menghubungi ramai rakannya.  – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033757 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list