View: 127|Reply: 0
|
Bapa pengaruhi kesihatan anak melalui pemilihan kedai makan
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Pemilihan kedai makan oleh golongan bapa lebih mempengaruhi tahap kesihatan anak kerana pilihan bapa lebih menjadi ikutan anak-anak berbanding pilihan ibu, kata satu kajian.\rLelaki yang tiada masalah untuk makan di restoran makanan segera lebih cenderung mempunyai anak yang akan mengikut tabiatnya, kata ahli sosiologi, Texas AgriLife Research, Alex McIntosh, yang mengetuai kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition Education and Behaviour.\r\n\n\n\n\r Akhbar Gulfnews melaporkan kajian terbaru itu menunjukkan bapa lebih banyak memberi kesan terhadap kegemukan anak berbanding ibu.\r\r\n\n\n\n\n Hasil kajian itu mendapati bapa yang lebih bertolak ansur akan sering membenarkan anak mereka makan di restoran makanan segera yang turut berkaitan dengan kegemukan kanak-kanak, menurut kenyataan AgriLife.\rKajian ini dimulakan seawal kanak-kanak berusia 15 bulan dengan pemantauan masa yang digunakan ibu bapa dan pilihan makanan yang berkesan.\rIa mensasarkan perbezaan antara makanan segera dan restoran yang mempunyai khidmat penuh kerana banyak kajian mendapati kaitan pengambilan makanan segera dengan peningkatan berat.\rTumpuan kajian yang dibiayai Jabatan Pertanian Amerika ialah pilihan restoran ibu bapa mempunyai kaitan dengan kegemukan kanak-kanak, kata McIntosh.\r\n\n\n\n\rMcIntosh berkata, pesanan kepada bapa ialah mereka mempunyai tanggungjawab seperti ibu untuk membesarkan anak-anak yang sihat. Justeru, golongan bapa perlu mengetahui banyak maklumat mengenai kandungan berkhasiat dalam makanan segera.\rKatanya, contoh ibu yang kurang tegas dalam pemakanan anak dengan membiarkan mereka makan di restoran makanan segera adalah mereka yang terpinggir dan terlalu komited dengan kerja.\r“Jadi, ibu tidak begitu penting apabila tiba kepada pilihan makan di luar. Tetapi dari segi statistik, hasil kajian mendapati pilihan bapa lebih kuat,” katanya.\r“Secara tradisi, ahli akademik menyalahkan golongan ibu saja jika apa-apa yang tidak baik berlaku pada anak mereka terutama apabila membabitkan pemakanan,” tambahnya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|