CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

120 aktiviti sempena FMKL

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pesta bertemakan Kembara Muzik Klasik Kontemporari berlangsung sebulan bermula 1 Julai \rHimpunan pelbagai muzik dan seni bakal menggamatkan Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2011 yang berlangsung selama sebulan 1 Julai ini dengan tema Kembara Muzik Klasik Kontemporari sebagai platform membudayakan seni tempatan dan antarabangsa dalam satu acara.\r\n\n\n\n\rBertepatan dengan matlamat itu, FMKL 2011 edisi ke tujuh tahun ini menyajikan 120 aktiviti bagi mencapai sasaran lebih 700,000 pengunjung.\r\r\n\n\n\n\nKebanyakan acara pentas atau seni persembahan dihimpunkan dalam satu lokasi di Istana Budaya (IB) sebagai tarikan pengunjung berbanding penganjuran sebelum ini, dengan pembabitan sembilan agensi kerajaan dan swasta.\rKetua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, matlamat sebenar penganjuran FMKL2011 bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat seni muzik menyerlahkan bakat selain memupuk minat masyarakat terhadap muzik.\r“Ia adalah paltform kepada bakat muzik menyerlahkan kreativiti dalam persembahan masing-masing bagi menyemai serta membudayakan seni muzik di kalangan masyarakat.\r“Selain itu juga festival ini bertujuan untuk memperkenalkan Kuala Lumpur ke serata dunia sebagai lokasi budaya dan seni muzik,” katanya.\r\n\n\n\n\rTerdapat lima program teras yang akan menarik pengunjung iaitu, Konsert Utama di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Julai, Pameran dan Jualan Produk, Pertandingan @ Laman Beringin serta Pameran Seniman Muzik di Balai Seni Lukis Negara.\rSelain program atau aktiviti yang dikendalikan kerajaan, agensi lain turut terbabit menganjurkan pelbagai acara bagi memeriahkan festival itu termasuk Up Close & Personal with Anuar Zain di Menara Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Julai depan.\r“Persembahan Anuar Zain adalah di bawah program Menara Kuala Lumpur tetapi kita senaraikan dalam FMKL dengan 37 penganjur lain. Kalau dulu pengunjung terpaksa berkunjung ke beberapa lokasi untuk menyaksikan persembahan, kali ini kita beri tumpuan pada satu lokasi saja iaitu di IB. Selain memudahkan pengunjung ia bersesuaian sebagai lokasi seni dan budaya,” jelasnya.\rSebanyak 62 seni persembahan, 36 seni tampak, enam seni warisan dan 14 pelbagai aktiviti seni diatur bagi memeriahkan FMKL. Antaranya konsert daripada penyanyi seperti Datuk M Daud Kilau, Datuk Khatijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat, One Nation Emcees, Najwa, Suki dan Azlan & The Typewriter yang akan diiringi Orkestra Seni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).   \rLokasi lain yang turut menjayakan FMKL ialah Menara Kuala Lumpur, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Informasi Pelancongan Malaysia (MATIC), Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkasapuri dan Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).\rOTM meriahkan acara pelancaran\rMelihat pada persembahan penggiat seni muzik di majlis pra pelancaran FMKL 2011, baru-baru ini menggambarkan kemeriahan dan keunikan yang bakal ditonjolkan pada festival itu bakal menggamit ribuan pengunjung.\rKeunikan persembahan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dengan alunan muzik daripada sitar, kompang, sape, Erhu,  menggabungkan instrumen pelbagai kaum di Malaysia menarik perhatian pengunjung pada malam itu.\rMajlis pra-pelancaran turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani diserikan dengan persembahan Fauziah Gambus & The Geng daripada Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA) yang membuat persembahan penuh bertenaga dengan alunan instrumen gambus, gitar dan darbuka.\rPersembahan indie, Asfar Alias dari 2Crank.com turut memeriahkan majlis pra pelancaran itu dengan lagu Marilah Bersama dan Mimpi Siang Hari yang juga akan membuat persembahan pada FMKL dalam segmen Unplugged/ Indie nanti.\rSemestinya pengunjung menantikan kemunculan artis tanah air membuat persembahan pada FMKL 2011, bahkan persembahan penuh bertenaga daripada One Nation Emcees dengan lagu Kuda Hitam, Madu dan Racun, Tamparuli serta Raja Gelek.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041510 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list