CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Bobby di Genting

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Bekas vokalis Toto sedia hiburkan peminat 2 Julai ini\rBOBBY KIMBALL, bekas vokalis kumpulan rock yang pernah dicalonkan pada Anugerah Grammy, Toto, bakal mengadakan persembahan secara langsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 2 Julai ini, jam 8 malam. \r\n\n\n\n\rPenyanyi ini yang memulakan kariernya dengan bermain piano dan kemudian menubuhkan kumpulan sendiri bersama abangnya. Sesetengah pihak mengatakan dia memang dilahirkan dengan bakat muzik semula jadi kerana ibunya sendiri ialah pemuzik dan penyanyi, tetapi jarang mengetengahkan keupayaan sebenar. \r\r\n\n\n\n\nPemuzik kelahiran Louisiana, Amerika Syarikat ini ketika masih muda banyak dipengaruhi pelbagai gaya muzik. Dia sendiri ketika meningkat dewasa sering dikelilingi kalangan pemuzik hebat. Tidak jauh daripada sempadan Texas, turut memberi peluang kepada Bobby untuk menajamkan lagi bakatnya dalam muzik apabila dia diberi peluang mengadakan persembahan di kelab yang memuatkan 5,000 penonton. \rPengaruh muzik dalam hidupnya memang cukup kuat. Selepas lima tahun menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan, Bobby membuat keputusan untuk menjadi pemuzik sepenuh masa. \rSebagai pemuzik, Bobby bermain dan menyanyi bersama kira-kira 15 kumpulan di Louisiana sebelum menyertai kumpulan pemuzik yang dikenali sebagai Leeve Band. Tidak lama kemudian, dia membuat keputusan berat apabila bukan saja terpaksa meninggalkan Leeve Band, tetapi juga kampung halamannya kerana mahu berhijrah ke Los Angeles (LA).\rDi LA, dia bertemu kawan lamanya, Jon Smith, untuk menjadi anggota kumpulan serpihan daripada Three Dog Night kepada SS Fools. Selepas 18 bulan dan melahirkan satu LP, Bobby meninggalkan SS Fools untuk mencari peluang lebih baik dalam muzik.\r\n\n\n\n\rPeluang terbaiknya muncul apabila dipelawa pengasas kumpulan Toto, Jeffery Porcaro, dan David Paich untuk menjadi penyanyi utama mereka. Bobby tidak teragak-agak untuk menerima tawaran itu kerana Porcaro dan Paich ialah dua pemuzik hebat.\rMenerima tawaran sebagai penyanyi utama Toto ialah satu tindakan bijak. Kumpulan itu melahirkan LP berjudul Toto dan single mereka, Hold The Line, meletup. Malahan kumpulan ini turut dicalonkan untuk anugerah Grammy bagi kategori Kumpulan Baru Terbaik. \rToto terus diterima baik peminat muzik. Reputasi Bobby juga semakin disegani. Pada 1982, Toto memecahkan rekod Grammy apabila mereka menerima sembilan pencalonan untuk album Toto IV, dan mereka menang enam daripadanya. Kebanyakan kemenangan itu diraih daripada populariti lagu Rosanna. \rBagaimanapun, hubungan Bobby dengan Toto berakhir ketika merakamkan album kelima. Perbezaan pendapat membuatkan dia meninggalkan kumpulan itu. Begitupun, kehebatannya di atas pentas dan vokal yang hebat membuat Toto sukar menggantikan tempat Bobby. Dia bersatu semula dengan band ini pada 1998 dan gabungan itu bertahan selama 10 tahun sehinggalah sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. \rKarier Bobby tidak terhenti sekalipun bergerak secara solo. Sebagai anak seni sejati, dia menjalin kerjasama dengan Billy Sherwood iaitu penerbit muzik terkenal yang juga bekas anggota kumpulan Yes. Apabila ditawarkan untuk siri jelajah ke Eropah, dia bertanya kepada Billy sama ada kumpulannya ketika itu, Circa boleh bersamanya dan Billy menerima tawaran itu. Dia dan Billy kemudian menamakan kumpulan mereka sebagai Yoso, iaitu gabungan daripada nama Yes dan Toto. \rBagi peminat yang mahu menyaksikan persembahan Bobby Kimball di Arena of Stars, pada 2 Julai nanti, tiket dijual pada harga RM200 (VIP), RM150 (PS1), RM110 (PS2), RM80 (PS3) and RM50 (PS4). Diskaun 20 peratus diberikan kepada 1,000 pembeli tiket terawal bagi tiket bernilai RM150, RM110, RM80 dan RM50. \rKeterangan lanjut dan tempahan tiket boleh hubungi 03-27181118 atau layari rwgenting.com.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041436 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list