CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Bisnes Dunia: TEPCO perkukuh pasaran Tokyo

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi saham Asia memberangsangkan\rSAHAM Asia kebanyakan ditutup rendah semalam di sebalik peningkatan pasaran Wall Street ekoran perangkaan positif oleh Amerika Syarikat (AS) serta prestasi pasaran Tokyo yang kekal kukuh dipacu oleh saham Tokyo Electric Power (TEPCO).  \r\n\n\n\n\r  Sentimen positif daripada perangkaan ekonomi China yang mencadangkan ia tidak mengalami penurunan mendadak, terus diuji dengan keputusan Beijing untuk menaikkan rizab simpanan tunai, suatu keputusan yang mengejutkan peniaga.  \r\r\n\n\n\n\n  Susulan daripada itu, pasaran Shanghai susut 0.67 peratus dan Sydney ditutup 0.40 peratus, atau 18.2 mata lebih rendah pada 4,566.8.\rNamun bagi saham Tokyo, ia ditutup 0.28 peratus lebih tinggi, menambah 26.53 mata kepada 9,574.32 dan Seoul menokok 0.47 peratus, atau 9.70 peratus kepada 2,086.53. \r“Saham Asia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dan pasaran Wall Street meningkat seperti yang dijangkakan,” kata Pegawai Dagangan Kanan MF Global, Anthony Anderson di Australia. \r“Perangkaan pengeluaran industri di China dilihat adalah baik, namun tidak bagi jualan runcit AS, jadi tiada berita positif setakat ini,” katanya sambil menambah inflasi China dijangka menjadi faktor penghalang kenaikan pasaran pada masa depan.\r\n\n\n\n\rAS mencatatkan perangkaan jualan runcit yang lebih baik daripada jangkaan sebelum ini, begitu juga bagi inflasi borong, yang menunjukkan pemulihan ekonomi AS masih perlahan, tetapi masih berada pada landasan, kata penganalisis.  \rJualan runcit negara itu susut 0.2 peratus dari April ke Mei, berbanding jangkaan 0.7 peratus sebelum ini. Manakala, inflasi borong pada 0.2 peratus, di luar jangkaan penganalisis 0.1 peratus.\rIndeks Dow Jones, yang mencatat kerugian besar sejak enam minggu lalu, meningkat 1.03 peratus, manakala S&P 500 naik 1.26 peratus dan Nasdaq menambah 1.48 peratus.\rBagi pasaran lain, saham Taipei diniagakan rata, meningkat 2.24 peratus kepada 8,831.45. \rSaham pengeluar telefon pintar, HTC menjunam tujuh peratus kepada Tw$1,070 manakala Taiwan  Semiconductor Manufacturing Co 1.05 lebih tinggi pada Tw$77.0.\rSaham Manila meningkat 1.48 peratus, atau 61.11 mata kepada 4,201.38.\rIndeks itu diniagakan kukuh didorong oleh berita yang Moody telah menaikkan penarafan kredit terhadap hutang Manila kepada Ba2 daripada Ba3 kerana pertumbuhan ekonomi negara itu. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.411953 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list