CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Harga melantun, belian aktif

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
  Empat kaunter unjur 6.19 mata kepada peningkatan dalam FBM KLCI\rHARGA saham di Bursa Malaysia mengalami lantunan dengan belian aktif semalam selepas dua hari dalam dagangan lesu.\r\n\n\n\n\r  Ketika ditutup, FBM KLCI menokok 7.68 mata ke aras tertinggi harian pada 1,556.19, hasil kenaikan dalam saham wajaran tinggi seperti Petronas Chemicals, Tenaga, Petronas Gas dan Maxis.\r\r\n\n\n\n\n  Empat kaunter menyumbang 6.19 mata kepada peningkatan dalam FBM KLCI. \rIndeks Kewangan naik 14.619 mata kepada 14,577.52, Indeks Perladangan meningkat 13.42 mata kepada 7,877.71 manakala Indeks Perusahaan menambah 20.25 mata kepada 2,783.63.\rIndeks FBM Emas melonjak 49.26 mata kepada 10,721.87, Indeks FBM Ace menambah 42.64 mata kepada 4,250.05 manakala FBMT100 menokok 47.011 mata kepada 10,476.19.\rSaham untung mengatasi rugi pada 421 berbanding 329 manakala 311 kaunter ditutup tidak berubah, 406 tidak didagangkan dan 22 lagi digantung.\r\n\n\n\n\rJumlah dagangan naik kepada 888.69 juta saham bernilai RM1.6 bilion daripada 737.884 juta saham bernilai RM1.209 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 612.598 juta saham bernilai RM1.548 bilion daripada 517.005 juta saham bernilai RM1.174 bilion.\rDi Pasaran ACE, jumlah dagangan naik kepada 210.777 juta unit bernilai RM37.47 juta daripada 157.669 juta unit bernilai RM25.832 juta.\rWaran, bagaimanapun susut kepada 48.667 juta saham bernilai RM7.727 juta berbanding semalam pada 55.976 juta unit bernilai RM6.96 juta.\rAntara saham aktif, Focus Dynamics Technologies susut setengah sen kepada 5.5 sen, Systech naik 12.5 sen kepada 34.5 sen manakala Ingenuity Solutions menokok setengah sen kepada 12 sen.\rPetronas Chemicals naik 12 sen kepada RM7.18, Tenaga meningkat 17 sen kepada RM6.77, Petronas Gas menambah 38 sen kepada RM12.50 dan Maxis menokok lapan sen kepada RM5.52.\rSaham paling untung ialah Petronas Gas, diikuti dengan Esso Malaysia yang naik 37 sen kepada RM5.40 dan BLD Plantation meningkat 28 sen kepada RM7.08.\rDua kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank dan CIMB menambah dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.75 dan RM8.43 manakala konglomerat Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.18 manakala syarikat telekomunikasi Asia, Axiata menambah empat sen kepada RM4.93.\rBarangan pengguna menguasai 53.132 juta saham yang didagangkan Pasaran Utama, barangan perusahaan 102.244 juta, pembinaan 46.756 juta, dagangan dan perkhidmatan 208.925 juta, teknologi 19.965 juta, infrastruktur 12.021 juta, kewangan 73.102 juta, hotel 532,800, hartanah 76.593 juta, peladangan 14.594 juta, perlombongan 20,600, REIT 4.661 juta dan tertutup/dana 53,000. – BERNAMA\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065465 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list