CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Tiru gaya K-Pop

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Program realiti terbaru untuk pengikut muzik pop Korea\rSESUAI dengan kegilaan peminat terhadap muzik K-Pop ketika ini, Astro Hitz dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea bagi menerbitkan program baru dikenali K-Pop Hitz Talent Show.\r\n\n\n\n\rMenurut Pengurus Saluran Astro Hitz, Cheong Cheng-Vei, siaran muzik K-Pop mendapat rating tinggi, secara tidak langsung membuktikan penerimaan dan permintaan yang menggalakkan daripada pendengar.\r\r\n\n\n\n\n\"Kami mengambil kesempatan mengadakan K-Pop Hitz Talent Show melihat kepada sambutan dan kegilaan orang ramai terhadap muzik K-Pop akhir-akhir ini. Kepada mereka yang ingin menjadi bintang K-Pop, ini peluang seumur hidup di mana pemenang akan dapat beraksi di atas pentas terkenal di Korea,\" ujarnya.\rPengarah Urusan Organisasi Pelancongan Korea Pejabat Kuala Lumpur, Yun Jae-Jin pula berkata, semakin ramai penonton memilih filem Korea, mendengar muzik K-Pop, mengikuti drama negara terbabit, seterusnya melancong ke tempat kegemaran seperti di dalam drama mereka.\r\"Saya amat yakin K-Pop Hitz Talent Show akan menjadi momentum yang hebat untuk menjadikan budaya K-pop di Malaysia sebagai gaya hidup dan mengeratkan hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Korea,\" katanya.\rSebelum ini peminat setia K-Pop hanya boleh menonton di kaca TV. Kini khalayak boleh menonjolkan bakat yang selama ini terpendam menerusi uji bakat yang akan diadakan mulai 18 Jun ini.\r\n\n\n\n\rProgram sebanyak tujuh episod ini menampilkan Jehan Miskin sebagai hos, seterusnya membawa pengikut setia K-Pop menyaksikan persembahan barisan peserta yang akan menyanyikan lagu bintang terkenal Korea seperti Rain, Super Junior dan 2PM.\rBagi menyuntik kelainan, pada sesi uji bakat, Jehan akan mencari aksi tarian K-Pop terbaik di sekitar Lembah Klang, dengan menaiki van dihiasi logo K-Pop. \rSetiap calon akan diberikan lima minit untuk menunjukkan gaya K-Pop dan persembahan mereka diadili juri profesional dari sudut kekuatan vokal, gaya persembahan, kreativiti dan penyampaian.\rHanya lapan peserta dengan persembahan terbaik, tidak kira dari segi tarian atau nyanyian, akan mara ke peringkat akhir secara tidak langsung merebut hadiah utama iaitu percutian selama empat hari tiga malam serta peluang mengadakan persembahan secara langsung di pentas hiburan, Lotte World Theme Park, Korea. \rMereka yang berumur 18 tahun dan ke atas dan berminat menghadiri uji bakat, boleh mendaftarkan diri di www.facebook.com/astrohitz, secara tidak langsung dapat menjimatkan masa daripada menunggu giliran untuk sesi uji bakat yang akan berlangsung pada setiap Sabtu, mulai 18 Jun hingga 9 Julai ini.\rPeserta solo mahupun berkumpulan tidak lebih daripada lima orang juga boleh mendaftar secara terus di sesi uji bakat seawal jam 9 pagi pada tarikh dan tempat ditetapkan. Uji bakat pertama akan diadakan pada 18 Jun ini di Wangsa Walk, disusuli di Berjaya Times Square pada 25 Jun, The Curve (2 Julai) dan diakhiri di SACC Mall, Shah Alam (9 Julai).\rK-Pop Hitz Talent Show akan temui penonton jam 3.30 petang mulai 23 Jun ini sehingga 4 Ogos di saluran Astro Hitz.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list