CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

APH kenal pasti pelabur biayai projek di Tanjung Bin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MUHIBBAH Engineering (M) Bhd menjelaskan bahawa pelanggan utamanya, Asia Petroleum Hub (APH) sudah mengenal pasti dan sedang berunding dengan pelabur yang akan membiayai sepenuhnya penyiapan projek hab petroleum di Tanjung Bin, Johor.\r“Pembiayaan itu termasuk untuk membuat bayaran tertunggak kepada kontraktor,” kata Muhibbah Engineering dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, semalam.\r\n\n\n\n\r  Syarikat itu berkata, memandangkan projek minyak dan gas itu adalah perniagaan yang terjamin, pelabur berkenaan dijangka memuktamadkan urus niaga kewangan dengan APH.\r\r\n\n\n\n\n  “Terdapat sebab yang wajar untuk mengatakan bahawa jumlah bayaran yang tertunggak itu boleh diterima tepat pada masanya,” katanya.\rLaporan sebuah akhbar di Singapura bahawa APH gagal membayar kos kepada kontraktor bagi projek itu menyebabkan saham Muhibbah Engineering menjunam 20 peratus, atau 36 sen dalam dagangan kelmarin.\rMuhibbah Engineering adalah satu daripada kontraktor yang terbabit dalam kerja pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan hab petroleum serta kemudahan ‘bunker’ di sebuah pulau di Tanjung Bin. \rJumlah bayaran tertunggak bagi kerja yang disiapkan dan kos berkaitan adalah RM370.8 juta setakat 31 Disember 2010, kata Muhibbah Engineering.\r\n\n\n\n\rProjek APH majoritinya dimiliki oleh pengendali terminal swasta, KIC Oil & Gas Sdn Bhd yang menguasai 90 peratus kepentingan dalam projek itu manakala bakinya dimiliki Trek Perintis Sdn Bhd. \rAPH diletakkan di bawah status tidak mampu membuat bayaran berikutan kegagalannya untuk mendapatkan pelabur lain bagi membiayai pembangunan projek berkenaan serta membayar balik hutangnya.\rSyarikat itu berjaya mendapatkan pinjaman bersambung selama tiga tahun bernilai RM1.4 bilion pada 2006 tetapi selepas itu terpaksa mendapatkan pembiayaan tambahan RM2 bilion berikutan meningkatnya kos projek itu.\rCIMB Research dalam nota penyelidikannya berkata status tidak mampu membuat bayaran yang diterima APH itu biasanya membabitkan pemindahan sementara kawalan daripada pengurusan kepada penerima yang dilantik.\r“Mengenai status potensi pelabur baru, kami difahamkan bahawa APH masih berunding, kemungkinan dengan satu pihak asing yang akan menyuntik dana diperlukan untuk memulakan semula projek itu.\r“Tempoh yang dianggarkan untuk mendapatkan pembiayaan itu adalah menjelang akhir tahun ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list