CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

AmBank jangka pasaran kereta positif

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pindaan akta lebih lindungi pengguna\rAMBANK Group, satu daripada tiga penyedia pinjaman sewa beli kenderaan terbesar negara, menjangkakan persekitaran perniagaan lebih positif tahun ini susulan berkuat kuasanya pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967.\r\n\n\n\n\r  Pengurus Besar yang juga Ketua Bahagian Pembiayaan Kenderaannya, Shaharudin Ismail, berkata pindaan itu yang berkuat kuasa pada 15 Jun lalu memberikan lebih perlindungan kepada pengguna daripada pengedar kenderaan terpakai yang tidak berprinsip, sekali gus menyumbang kepada persekitaran perniagaan kereta terpakai yang lebih kondusif.\r\r\n\n\n\n\n  “Pindaan akta berkenaan bersama-sama jangkaan persekitaran pasaran automotif yang bertambah baik tahun ini, bakal memberikan kesan positif kepada industri secara keseluruhannya tahun ini berbanding tahun lalu.\r“Saya percaya pasaran kereta terpakai akan bertambah baik lagi dengan adanya pindaan ini, sekali gus memacu pasaran kenderaan terpakai yang lebih kondusif,” katanya kepada pemberita pada lawatan konvoi PERODUA Myvi generasi baru ke ibu pejabat AmBank di Kuala Lumpur, semalam.\rSementara itu, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) dalam satu kenyataan semalam menyifatkan pindaan itu sebagai tidak pragmatik dan boleh membantutkan pertumbuhan industri automotif.\rPresidennya, Armin Baniaz, mendakwa pelaksanaan pindaan itu diwartakan tanpa perbincangan awal dengan pihak dari industri.\r\n\n\n\n\rBeliau mendakwa, pengedar akan berdepan masalah aliran tunai serius di bawah pindaan itu kerana wang tempahan dan pendahuluan perlu dijelaskan terlebih dulu kepada bank bagi menyamakan jumlah kutipan wang dengan harga kereta diatas jalan (OTR) sebelum membenarkan pembayaran dikeluarkan kepada pengedar.\rPengedar, katanya akan kekurangan wang pendahuluan sebagai modal untuk membayar kereta yang ditempah. \rBeliau berkata, pengedar juga harus membayar kepada pihak prinsipal sebaik menerima kereta yang sudah ditempah.\rKemudahan bank seperti pembayaran sebelum pendaftaran yang diguna pengedar telah dibekukan atau digantung sebaik saja pindaan akta Sewa Beli itu dilaksanakan, katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list