View: 174|Reply: 0
|
Bank Persatuan untung RM35.17 juta
[Copy link]
|
|
KOPERASI Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan) meraih keuntungan sebanyak RM35.17 juta tahun lalu, meningkat 11.65 peratus berbanding RM31.50 pada tahun sebelumnya.\rPendapatannya dalam tahun dikaji meningkat 18.1 peratus kepada RM53.54 juta daripada RM45.33 juta.\r\n\n\n\n\r Pengerusinya, Datuk Mohamed Darus, berkata sebahagian besar peningkatan pendapatan itu disumbangkan keuntungan daripada pembiayaan anggota yang berjumlah RM46.06 juta, yang menyumbang sebanyak 86.04 peratus daripada jumlah pendapatan.\r\r\n\n\n\n\n“Tahun lalu juga menyaksikan kadar pembiayaan tidak berbayar berjaya dikurangkan kepada 2.91 peratus berbanding 3.82 peratus pada 2009,” katanya di majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-52 Bank Persatuan di Kepala Batas, kelmarin.\rBank Persatuan adalah koperasi kredit kedua mendapat pengiktirafan sebagai bank koperasi di negara ini daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada Julai tahun lalu selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).\rJumlah modal saham berbayarnya sudah melepasi syarat minimum sebanyak RM300 juta yang ditetapkan SKM bagi mendapatkan status sebagai bank koperasi.\rSehingga 31 Mei tahun ini, kedudukan modal saham berbayarnya berjumlah RM376.63 juta dengan bilangan anggota individu seramai 58,701 orang dan anggota koperasi sebanyak 385.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|