CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Selatan Johor sedia jadi hab petrokimia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Dermaga khas permudah 2 syarikat bertaraf dunia beroperasiTANJUNG Langsat Port Sdn Bhd (TLP) sudah bersedia menjadikan kawasan selatan Semenanjung sebagai hab petrokimia selepas siapnya projek terbarunya, Dermaga Kargo Khas, yang akan memberi kemudahan kepada dua syarikat bertaraf dunia mengendalikan produk berasaskan minyak dan gas.\rDermaga berkenaan yang mula dibina pada 20 Ogos tahun lalu, siap sepenuhnya bulan ini dan dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena lawatan baginda menerusi program Kembara Mahkota Johor ke daerah berkenaan, semalam.\r\n\n\n\n\r  Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tungku Ismail Ibrahim yang turut meluangkan masa meninjau sekitar kawasan berkenaan sebelum meneruskan kembara ke Kulaijaya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi.\r\r\n\n\n\n\n  Projek pembinaan dermaga berkenaan akan memberi kemudahan buat syarikat Asiaflex Products Sdn Bhd yang juga sebahagian daripada anak syarikat Technip dari Perancis dan Kiswire Neptune Sdn Bhd dari Korea Selatan yang kedua-duanya menghasilkan produk berasaskan minyak dan gas.\rAsiaflex membina kilang ‘flexible pipes plant’ bernilai RM500 juta yang siap sepenuhnya pada November tahun lalu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, manakala Kiswire terbabit dalam pembuatan ‘steel wire rope’. Kedua-dua syarikat dijangka mengguna sepenuhnya kemudahan dermaga itu.\rTLP dalam kenyataan yang dikeluarkan di Johor Bahru sempena lawatan Sultan Johor semalam, berkata dua syarikat berkenaan dijangka mampu mengendalikan kargo seberat 10,000 hingga 150,000 tan setiap tahun di dermaga terbabit.\rPertambahan jumlah kargo itu seterusnya meningkatkan keupayaan pengendalian kargo TLP daripada 240,000 hingga 900,000 tan setahun terutama menerusi perjanjian sewa beli tanah seluas kira-kira 141 hektar oleh Johor Corporation bersama sebuah syarikat Sepanyol, Bahru Stainless Sdn Bhd (Acerinox).\r\n\n\n\n\r“Syarikat berkenaan akan membangunkan kilang bagi menghasilkan produk berasaskan besi tahan karat,” katanya.\rMengikut kenyataan itu, antara kemudahan yang ada di dermaga khas itu termasuk kren pengangkut jumbo seberat 195 tan yang berupaya mengangkat kargo seberat 300 tan  berharga RM4 juta seunit.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.626950 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list