CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup bercampur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kebimbangan  krisis hutang Greece cetus ketidaktentuan pasaran globalPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur semalam berikutan kebimbangan kemungkinan krisis hutang Greece tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.\rSelepas tujuh jam perbincangan diadakan bagi menghalang negara itu daripada tidak membayar balik hutangnya, dan juga kemungkinan ia akan memberikan kesan ke negara lain, menteri kewangan zon euro memberitahu Greece bahawa pihaknya dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) akan mengeluarkan pinjaman 12 bilion euro pada pertengahan Julai.\r\n\n\n\n\r  Athens sedang berusaha keras bagi menyelesaikan hutang negara dan harga bon yang melambung.\r\r\n\n\n\n\n  Desas desus yang mengatakan  ia tidak berupaya membayar balik hutang memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan dunia kewangan menjadi gementar.\rPenggubal undang-undang Greek mesti menyokong langkah berjimat-cermat yang ketat atau berhadapan situasi lebih buruk.\rMenteri Eropah juga bersetuju dengan pelan jaminan 100 bilion euro (AS$156 bilion), yang akan membabitkan wang pembayar cukai tetapi juga sumbangan besar menerusi inisiatif bank swasta, dana pencen dan syarikat insurans.\rSungguhpun pasaran di Asia bermula rancak, kebimbangan menyelinap masuk pada sesi petang susulan kebimbangan krisis hutang Greece.\r\n\n\n\n\rPasaran Tokyo mendatar, menambah 2.92 mata untuk ditutup pada 9,354.32, Sydney susut 0.74 peratus, atau 33.2 mata, untuk ditutup pada 4,451.7 dan Seoul ditutup 0.60 peratus, atau 12.28 mata lebih rendah pada 2,019.65.\rHong Kong jatuh 0.44 peratus, atau 95.75 mata, kepada 21,599.51. \rShanghai, yang mana tumpuan diberikan kepada kenaikan nilai yuan, susut 0.82 peratus, atau 21.57 mata, kepada 2,621.25.\r“Perhatian bertumpu pada Greece tetapi berita pagi tadi berhubung keputusan muktamad negara Eropah ke atas pakej penyelamat kedua yang dilanjutkan sehingga awal Julai menyebabkan lebih banyak ketidaktentuan di pasaran dunia,” kata Credit  Agricole dalam nota penyelidikan.\r“Sehubungan itu, nada minggu ini berkemungkinan menjadi berhati-hati,”  katanya.\rKebimbangan pasaran berhubung ketidakmampuan Greece membayar balik hutangnya boleh mencetuskan masalah lebih besar di Eropah, termasuk ekonomi besar seperti Sepanyol.\rKesan itu boleh merebak dan menjejaskan sistem kewangan global, seperti yang berlaku pada 2008.\rEuro susut kepada AS$1.4213 di Tokyo pada dagangan pagi daripada AS$1.4301.\rMata wang tunggal euro juga susut kepada 113.88 yen daripada 114.46  yen. Dolar AS kukuh kepada 80.13 yen daripada 80.03 yen.\rDi pasaran lain, Singapura ditutup naik 0.28 peratus, atau 8.32 mata, pada 3,013.60. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057693 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list