|
Khidmat EcoPower mampu jimat kos bahan bakar, kurangkan pelepasan gas karbon dioksidaPENERBANGAN Malaysia (MAS) bakal menjimatkan kos bahan bakarnya serta mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida apabila mula menggunakan perkhidmatan pembersihan enjin Ecopower United Technologies Corp, Pratt & Whitney, tidak lama lagi.\rSyarikat penerbangan kebangsaan itu memeterai perjanjian eksklusif lima tahun dengan Pratt & Whitney pada Pameran Udara Paris di ibu kota Perancis Paris, Perancis, semalam bagi menyewa satu set peralatan EcoPower yang mesra alam itu.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, berkata set peralatan pembersihan enjin Ecopower itu akan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\r\r\n\n\n\n\n \"Kami tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan pembersihan enjin EcoPower Pratt & Whitney kerana ia menyumbang kepada penurunan ketara dari segi penggunaan bahan api dan pelepasan gas karbon dioksida oleh pesawat kami,\" katanya pada majlis berkenaan.\rSementara itu, Naib Presiden Pengurusan Produk Pratt & Whitney, Lou Quattrocchi, berkata perkhidmatan pembersihan enjin EcoPower adalah kaedah mudah, pantas dan kos efektif untuk MAS bagi menjimatkan bahan api dan pelepasan gas karbon dioksida.\r\"Sistem kitaran tertutup mengumpul dan mengitar semula air bagi membolehkan keseluruhan proses EcoPower adalah mesra alam dan hanya mengambil masa kurang 90 minit untuk siap,\" katanya.\rMAS yang mengendalikan pesawat penumpang dan kargo mempunyai lebih 100 pesawat terdiri daripada Boeing 747-400, B777-200, Airbus A330-300, Airbus 330-200, B737-800 dan B737-400, serta bakal mempunyai A380 pada April tahun depan.\r\n\n\n\n\rSistem pembersihan enjin EcoPower yang dipaten Pratt & Whitney itu mampu mengurangkan pembakaran bahan api sebanyak 1.2 peratus serta mengurangkan kira-kira 1.36 kilogram pelepasan gas karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak yang dijimatkan.\rIa juga mengurangkan suhu enjin, justeru memanjangkan tempoh penerbangan.\rPratt & Whitney adalah peneraju dalam rekaan, pembuatan dan perkhidmatan enjin pesawat, sistem pendorongan jet dan gas turbin industri.\rSementara itu, Pameran Udara Paris yang diadakan bagi kali ke-49 itu bermula semalam hingga 26 Jun ini di Le Bourget, Paris dengan menjadi tuan rumah kepada lebih 2,100 pempamer antarabangsa, 28 pavilion serta 140 pesawat dengan dijangka dikunjungi 138,000 pelawat profesional dan 200,000 pengunjung awam.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|