|
Belian berterusan di kaunter mewah lonjak dagangan di Pasaran UtamaHARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan penutupan pada paras bercampur-campur semalam dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI melantun semula ke paras penting 1,560 mata, kata peniaga. \rIndeks utama itu naik 1.60 mata, atau 0.1 peratus kepada 1,560.79 setelah dibuka 1.08 mata lebih tinggi pada 1,560.27 ekoran belian berterusan di kaunter mewah berkaitan indeks termasuk Petronas Chemicals, IOI, Maxis dan Genting.\r\n\n\n\n\r Indeks itu bergerak dalam jajaran antara 1,557.68 dengan 1,561.40.\r\r\n\n\n\n\n Peniaga berkata pada keseluruhannya, sentimen pasaran lemah dengan kebanyakan pelabur memilih untuk berada di luar pasaran sambil menunggu petunjuk baru dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat hari ini.\rBeliau berkata pelabur juga bimbang masalah dalam zon Eropah dan China akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global tahun ini. \rIndeks Kewangan mengukuh 7.82 mata kepada 14,664.47, Indeks Perladangan naik 23.72 mata kepada 7,865.33 dan Indeks Perusahaan menambah 4.97 mata kepada 2,789.60.\rIndeks FTSE Bursa Malaysia Emas susut 0.30 mata kepada 10,705.55, Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 turun 23.14 mata kepada 11,615.09 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace jatuh 20.82 mata kepada 4,225.83.\r\n\n\n\n\rJumlah dagangan bertambah kepada 952.98 juta saham bernilai RM1.56 bilion daripada 849.81 juta saham bernilai RM1.4 bilion kelmarin.\rSuasana pasaran negatif dengan 473 saham mencatatkan penyusutan berbanding 268 saham yang menyaksikan peningkatan.\rAntara saham cergas, MAA Holdings turun 30.5 sen kepada 72.5 sen setelah bersetuju menjual perniagaan insuransnya dengan harga RM344 juta dan Ingenuity Solutions susut 2.5 sen kepada lapan sen. \rTime Dotcom jatuh tujuh sen kepada 72 sen selepas syarikat induknya, Time Engineering, mencadangkan penjualan sahamnya pada 53 sen, yang 33.75 peratus lebih rendah daripada harga pasaran purata berwajaran jumlah dagangan lima hari hingga 17 Jun. \rBerdasarkan harga penutupan kelmarin iaitu 79 sen, ini adalah diskaun sebanyak 26 sen, atau 29 peratus. \rBagi saham berwajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.84, Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM7.08 manakala CIMB kekal pada RM8.49. \rPasaran Utama mencatatkan lonjakan jumlah dagangan kepada 734.42 juta saham bernilai RM1.52 bilion daripada 568.29 juta saham bernilai RM1.35 bilion kelmarin. \rPasaran ACE pula mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 169.97 juta unit bernilai RM29.15 juta daripada 222.86 juta unit bernilai RM45.13 juta sebelumnya. \rWaran mengecil jumlahnya kepada 42.01 juta saham bernilai RM4.91 juta daripada 50.42 juta saham bernilai RM6.47 juta kelmarin. \rBarangan pengguna menguasai 52.69 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 101.29 juta, pembinaan 48.75 juta, perdagangan dan perkhidmatan 239.73 juta, teknologi 19.42 juta, prasarana 51.61 juta, kewangan 132.8 juta, hotel 318,000, harta 71.9 juta, perladangan 14.33 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.4 juta dan dana tertutup 179,900. - BERNAMA \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|