View: 186|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Berita baik dari Greece lonjak saham Asia
[Copy link]
|
|
Pelabur yakin pelan pemulihan bakal dilaksana AthenPASARAN saham Asia melonjak semalam selepas Perdana Menteri Greece memenangi sokongan membolehkannya melaksanakan langkah pemulihan.\rPasaran Tokyo mengembang 1.79 peratus atau 169.77 mata kepada 9,629.43 dan Seoul ditutup 0.77 peratus atau 15.73 mata lebih tinggi kepada 2,063.90 mata.\r\n\n\n\nSydney menamatkan sesi dagangan lebih tinggi 0.54 peratus atau 24.4 mata pada 4,532.6 sementara Hong Kong meningkat 0.69 peratus.\r\rShanghai mengembang 0.11 peratus dengan pertumbuhan dihadkan berikutan kebimbangan terhadap jangkaan meningkatkan kadar faedah.\r\n\n\n\n\n\rSejam sebelum pasaran Asia dibuka, Perdana Menteri Greece, George Papandreou berjaya mendapatkan majoriti kecil walaupun berdepan kemarahan 4,000 penunjuk perasaan di luar Parlimen.\rDengan kemenangan itu, katanya, ia membuka jalan bagi memotong keperluan untuk mengelakkan negara itu muflis dan mengekalkan Greece dalam pakatan euro.\rAthen mempunyai tempoh dua minggu untuk meyakinkan negara Eropah lain bahawa negara itu akan melaksanakan pembaharuan dalam struktur jangka lambat dan penswastaan sebagai jaminan untuk mendapatkan bantuan kewangan sebelum kehabisan dana menjelang Julai ini.\rIsnin lalu, zon euro memberi kata dua kepada Greece apabila menerima sejumlah 110 bilion euro (AS$160 bilion) daripada pakej pinjaman penyelamat yang dipersetujui tahun lalu.\rBerita dari Eropah itu memberi dorongan untuk membeli euro pada tengah hari di Pasaran Asia selepas ia dijual bagi mendapatkan keuntungan daripada pertumbuhan semalam.\rEuro meningkat kepada AS$1.4411 di Tokyo pada tengah hari daripada AS$1.4408 di New York Selasa lalu. Mata wang tunggal Eropah itu juga meningkat kepada 115.59 yen daripada 115.53 yen.\rDolar meningkat kepada 80.30 yen berbanding 80.22 yen.\rRuang diberikan menerusi undian di Greece, perhatian dialihkan kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran terbuka Persekutuan (FOMC) sewaktu Rizab Persekutuan menetapkan kadar faedah.\rFOMC memulakan persidangan dua hari bermula Selasa dan semalam, ia dijangka akan mengumumkan kebenaran terhadap program pembelian aset berjumlah AS$600 bilion yang tamat seperti mana dijadualkan pada akhir Jun.\rMinyak mentah ditutup bercampur-campur sementara kontrak utama New York, West Texas Intermediate (WTI) bagi minyak mentah sweet crude untuk penghantaran Ogos jatuh 58 sen kepada AS$93.59 setong pada tengah hari.\rMinyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Ogos mengembang tujuh sen kepada AS$111.02.\rDi Pasaran Hong Kong, harga emas di buka pada AS$1,546.50 hingga AS$1,547.50 satu aun, meningkat sedikit berbanding Selasa untuk ditutup pada AS$1,544.00 hingga AS$1,545.00. \rDi pasaran lain, Taipei ditutup 0.27 peratus atau 23.42 mata lebih tinggi pada 8,621.04.\rPengeluar telefon pintar terkemuka, HTC meningkat 5.39 peratus kepada Tw$1,075 sementara Taiwan Semiconductor Manufacturing Co ditutup 1.19 peratus lebih rendah kepada Tw$75.0.\rManila menambah 0.79 peratus atau 33.47 mata kepada 4,245.28.\rAtlas Consolidated Mining meningkat 4.4 peratus pada 18.98 peso, San Miguel menambah 0.6 peratus kepada 114.70 peso dan Philippine Long Distance Telephone 1.2 peratus lebih tinggi pada 2,350 peratus.\rWellington tidak banyak berubah, jatuh 2.10 mata kepada 3,457.46.\rAir New Zealand mengembang 1.8 peratus kepada NZ$1.14 dan Pumpkin Patch susut 2.9 peratus kepada NZ$1.02 manakala Fletcher Building meningkat 0.8 peratus NZ$8.57 sementara Telecom jatuh 0.2 peratus kepada NZ$2.41. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|